Ehem.. atas permintaan, terpaksa aku taip citer dorm aq... haha... dorm ini penuh dengan keistimewaan.. setiap ahli dorm ada kelebihan tersendiri yang menjadi metaliti yang sering menghiasi A102 SAMBBST..
OK, kita mula dengan ketua Dorm, seorang Exco Pendidikan dan Kaunseling.. Naqi yang merupakan anak lelaki kepada... kepada ayahnya la... Rumaizi nama ayah dia... Naqi ini orangnya tegar... kalau dia kata nak buat, insyaallah dia akan buat...dia rajin dan tegas.. tambah pulak, hatinya kering bak ikan kering buatkan Naqi bertindak mengikut semua gerak hati dia tanpa fikirkan orang lain.. tapi yang aku menyampah, kalau dia kata A, A lah yang dia menangkan walaupun sang A kadang kala salah...
Yang kedua, kita pergi pada orang yang paling senyap dalam dorm.. Luqman atau nama gelarannya Maman.. Dia ada pangkat besar gak dalam pimpinan, iaitu Setiausaha Majlis Pimpinan Pelajar (MPP).. Maman ini seorang yang tak banyak bercakap... TAPI !! Maman ni budak pandai dan terer melukis.. 1st time aku tengok lukisan dye, aku terpukau.. aku jadi blur sebab lukisan dye terlalu lawa+cantik+kemas sebijik macam dalam citer2 anime.. gempak seih..!
Seterusnya budak paling bising dalam dorm... Amar bin Mohd Shafie iaitu aku lah.. aku Exco Multimedia.. tanpa aku, sunyi lah dorm itu.. daripada semua yang aku cakap, 50% jer fakta dan 20% jer pasal pelajaran.. haha... teruk kan aku..?
Lepas itu, dalam dorm ni ada seorang yang berwatak happy go lucky... Namanya Hidayat.. dia nie Exco kesihatan... apa yang dia nak buat, dia akan fikir pasal orang lain jugak.. kira kalau nak senang citer, dia suka jaga hati orang lah walaupun susah nak mengalah..
Then, kita ada Azizi.. dia digelar Aji.. bukan 'Haji'.. dia tergolong dalam naib presiden, ketua PRS sekolah.. gempak kowt..! Dia seorang yang moodnya selalu berubah2... tak tetap.. kadang2 ok, kadang2 K0.. ntah ar.. dia ni kalau happy, happy betul.. sampai tak hengat dunia... tapi kalau bad mood, jangan la kaco... kang kena makan baru tau.. haha... dia ni selaloo citer pasal pompuan.. haha.. sori Aji, dah kantoi..
Ha.. yang tadi semua form5.. yang nie kita berkenalan pulak dengan form4 dorm nie.. Asif.. orang panggil dia Asip.. dia Exco perhimpunan sekolah.. perwatakan dia nie,lembut (bukan 'auu').. mesra dan ada satu sifat yang sama ngan aku, sempoi dan tak suka dibenci.. senang citer berpersonaliti kategori 'pencinta'... Asip ni pun bising jugak macam aku.. tapi dia jarang duduk dalam dorm...
Tibalah masa untuk Syuk atau nama sebenor Syukri yang merupakan Exco Pemakanan dan Nutrisi atau Exco DM(dewan makan)... Syuk nie spesis yang sempoi tahap gaban..!!! seumur hidup aku, tak pernah lagi aku nampak dia marah.. haha.. dia nih seorang yang kuat sangat sebab tahap kesabaran dia tinggi..! pergh, tabik Syuk..! dia ni memanjang bergurau, walaupun kalau kita tengok fizikalnya yang 'tembam' dan cara jalan yang macam pemalas dan melendut, dia ini gempak sebab nampak rileks, tapi apa yang dia buat benda yang betul dan result PMR dia 9A kowt..!!!
lepas tuh, kita ada Muhaimin, Exco Penempatan dan Logistik... muhaimin nih, kelebihan dia, pergh.. dia punya suara, pergh..! dia boleh nasyid, taranum dan kalau die azan, semua orang cair..! hahaha... muhaimin nih pelik sikit, tapi tak tau nak citer macam mana pasal dia nih.. hahaha...
Apa pun, aku happy dok dalam A102 sebab dorm ni cukup meriah termasuk time tidur sebab ada lah muka2 yang tidur suka berdengkur... haha.. dalam dorm nie, aku dan Muhaimin jer yang tak ambik Sains tulen.. yang lain tuh budak2 pandai.... hmm agaknyer sampai sini jer lah berita dormku... sekian, wassalam...