KATA-KATA HIKMAH ----- UCAPAN ----- CERITA ----- PESANAN ----- NASIHAT ----- SEMUA ADA! ! ! ----------- KATA-KATA HIKMAH ----- UCAPAN ----- CERITA ----- PESANAN ----- NASIHAT ----- SEMUA ADA! ! ! ---------- KATA-KATA HIKMAH ----- UCAPAN ----- CERITA ----- PESANAN ----- NASIHAT ----- SEMUA ADA! ! !

Friday, July 22, 2011

Dormku 2011 fantasi...A FORCE 102

Anda suka bermain game? Tentu sekali ya jawapan anda! Betul? Dapatkan A Force 102, sebuah game yang diterbitkan oleh STISS PRODUCTION.


Watak utama dalam game ini ialah Pendekar Naqi, Naqi Obori. Beliau pakar dalam bidang pendidikan & kaunseling. Kebolehan memanahnya membantunya dalam pertempuran menentang musuh. Apabila marah, Naqi akan menggunakan kuasa besarnya, ‘Hot Obori Hug!’. Sekali terkena, hancur lebur!


Kemudian, Pendekar Maman atau Luqman. Beliau merupakan pendekar yang unik kerana teknik serangannya penuh dengan seni, al-maklumlah Maman menyandang jawatan setiausaha dalam organisasi para pendekar. Kuasa besar Pendekar Maman ialah ‘Acidic paint’ [beliau akan mencurahkan dakwat berasid ke muka lawannya (di sinilah bermulanya jenayah simbah asid)].


Seterusnya ialah Amar atau The MuslimWarrior. Serangan ‘Laser Mouth’nya amat berguna dalam pertempuran. Serangannya membuatkan telinga musuh mengalami pendarahan. Kuasa besarnya ialah ‘Hot Rolling’ (tak boleh ditafsirkan). Bagaimanapun, beliau banyak membantu dalam tugas-tugas multimedia dan informasi.


Then, Azizi atau Pendekar Aji. Beliau pakar dalam hal-hal bimbingan rakan sebaya. Beliau bertarung dengan menggunakan kemahiran silatnya dan awas, serangan terkuatnya ialah ‘Supersonic Voice’ (jeritan garau sekuat taufan).


Pahlawan kelima ialah Pendekar Dayat, Hidayat. Kepakaranya dalam perihal keselamatan dan kesihatan amat diperlukan dalam pertempuran. Para pendekar yang tercedera akibat pertarungan akan diberi rawatan segera. Semasa merawat, Dayat akan menyuntik cecair beracun ke dalam tubuh musuh sekiranya diserang.


Kemudian, Muhaimin, Pendekar Muhai.beliau menggunakan suaranya yang merdu untuk mencairkan jiwa musuh. Apabila marah, serangannnya yang nyaring boleh mencecah tahap ‘Jawabul Jawab’ yang mampu menghancurkan kepala musuh. Pendekar Muhai pakar dalam penyediaan petempatan dan logistik bagi para pendekar.


Yang seterusnya ialah Pendekar Syuk atau Syukri. Beliau pakar dalam pengurusan pamakanan dan nutrisi bagi para pendekar. Kecomelannya memukau jiwa musuh dan apabila ia berlaku, Pendekar Syuk akan menggunakan serangan ‘Syukrilana Attack’ (melenyek musuh).


Yang terakhir ialah Asif, Pendekar Asip. Pendekar Asip bertarung dengan memanipulasikan fikiran musuh. Apabila terdesak, beliau akan menggunakan serangan ‘confiussion Ray’ (pancaran mengelirukan musuh). Sesiapa yang terkena akan terus pengsan. Pendekar asip selalu memikul tanggungjawab dalam mengadakan perhimpunan antara pendekar.


Kelapan-lapan pahlawan ini perlu menumpaskan Raksasa Bepop yang dibantu oleh konco-konco ninjanya dalam usaha penaklukan dunia. Best bukan, dapatkan game ini segera di pasaran-pasaran berdekatan rumah anda.

-SILENT GHOST !-

2 comments:

Comment je ah