5 AQUARISTIQAMAH !!!
Al-kisah.. (Tayiib) Al-kisah maka tersebutlah kisah… (Tayiib) Di sebuah istana yang megah berdiri teguh di tengah-tengah Negara Besar Istiqamah, tinggal sebuah keluarga diraja yang pemaisurinya sangat mencintai hidupan laut. Maka, dijadikan tingkat 5 istana tersebut sebagai tingkat yang dikhaskan untuk memelihara hidupan laut. Senang cerita, tingkat aquarium. Dalam aquarium tersebut, terdapat seekor anak ikan paus yang pernah masuk dalam cerita ‘wonderpets’, Pemaisuri Siti Khairul Bariah (Siti KB) menamakannya Pudin. Pudin selalu didampingi oleh seekor ikan duyung, Azpalena namanya. Kedua-dua ekor ikan ini memegang tanggungjawab murni untuk menjaga ketenteraman aquarium tersebut. Bagi menampakkan kemegahan aquarium tersebut, Pemaisuri telah membeli si jerung Rufaidah dan si jerung Apek. Kedua-dua jerung itu digeruni oleh semua hidupan dalam aquarium ini kecuali Pudin dan 3 ekor ikan badut (macam dalam cerita ‘Finding Nemo’ la) yang sentiasa menjadi speaker dalam aquarium tersebut. Tanpa ketiga-tiga ikann ini, sunyi sepilah aquarium yang mewah tersebut. Ketiga-tiga ikan tersebut ialah Amar, Atiq dan yang putus wayar otaknya, Jalal. Ha, dalam aquarium ini turut didiami oleh 2 pasangan ikan iaitu pasangan ikan kerapu blur, Poji dan Pida serta pasangan ikan buntal, Alip dan fatin. Akan tetapi Pemaisuri sering keliru dengan dua ekor ikan yang baginda terberikan nama yang sama iaitu si buntal Fatin dan si gelama Fatin. So, dilabelkan ikan buntal tersebut sebagai si buntal Fatin(S) manakala ikann gelama dilabelkan sebagai si gelama Fatin(N). Bukanlah aquarium diraja sekiranya tiada ikan import. Maka, Pemaisuri Siti KB telah mengimport beberapa ikan import iaitu; ikan dari India, si pari hantu Faris. Ikan dari Korea pula, si pari Bondsafwan. Ikan Jepun, si ‘dolphin’ harita. Ikan dari China, si siakap Hazirah. Dan yang terakhir, Munzir dari Arab Saudi (spesisnya tidak dapat dikenal pasti). Bukan setakat ikan, aquarium ini turut dimuatkan dengan beberapa ekor ketam iaitu; Sazwan, Ummu, Umai, Falah dan Ainaa(ketam besar). Ketam-ketam ini selalu berlawan ‘kepit-mengepit’ dengan kumpulan udang karang yang terdiri daripada Te’ah, Dayah, Ainul, Ecah, Rozie, Nazirah dan Farhanah. Walaupun bilangan udang karang melebihi bilangan ketam, selalunya ketam yang akan memenangi perlawanan tersebut. Ha, tinggal 3 spesies haiwan sahaja lagi dalam aquarium ini iaitu; si penguin tahan panas, Muhai. Yang kedua, si kuda laut Ahmad (oleh kerana selalu kelihatan tidak bermaya, Pemaisuri turut menggelarnya Wak Reput). Dan yang terakhir, hidupan yang paling tua di aquarium tersebut, Atok,si singa laut. Kesemua hidupan ini menjadi ‘ubat’ bagi jiwa Pemaisuri di kala stress dan bosan.
-SILENT GHOST ! -