Cuba satu hari, kau pegi mall. Tapi bukan pegi mcm biasa. Kau pegi dengan mata yg celik terbuka. Dengan hati yang peka dan cakna. Dengan akal yang mahu membaca dunia. Ye, semuanya dengan pinjaman dari Tuhan.
Kau duduk. Perhatikan sekeliling. Mata memaut, sorang demi sorang. Ramai kan? Sekarang, mata cuma mencari empunya jasad yang bernama Muslim, Lelaki dan perempuan (malas nak taip muslimah). Ramai.. Ramai..
Muslim tu, bahasanya kesat.. Muslim tu, tak menjaga aurat.. Muslim tu, bajunya sendat, seluarnya ketat, kainnya singkat.. Dadanya jelas, membonjol bulat. Punggungnya jelas, dilenggok hebat. Rambutnya jelas, diwarna karat. "Yang tu?", ye, itu pun muslim juga.. dengan boyfriend dipeluk erat, dengan girlfriend disayang ketat..
Ye.. Muslim lah tu.. tak percaya, tengok IC..
Penat memerhati? Okay, rehat. Buka hand phone.. Wow! Hebat. ID nya Siti, gambarnya seksi. ID nya Zaki, statusnya penuh maki. ID Hairi, menyindir agama sendiri. Namanya Hasanah, perbualannya berbaur lucah. Namanya Abdullah, menghina aturan Allah. Namanya Rogayah, menghina ibu dan ayah.
Ye.. Muslim lah tu.. tengok ID.. tengok info.. tak pun tanya tuan diri. Tak berani tanya? PM dia mcm ni "woi muslim, ko ingat agama ko bagus sangat? Itu tak boleh, Ini tak boleh. Sempit! Dah lah negara Islam semuanya mundur!" (Na3uzubillah). Tengok lah nanti, dorang akan bangun, rancak pertahankan Islam.. dengan fatwanya.. dengan caci makinya.. dengan dalil aqlinya..
Aduh.. Penat lagi? Masuk pula group dan page 'usrah'.. hmmm.. Banyak dapat info baru. Bercanggah dari pegangan dulu. Hati dan jiwa kian celaru. Dia fatwa ini, dia pulak fatwa itu. Palsu kata betul, sahih kata tipu. Semua betul. Sebab semua muslim.. kan?
Ye.. muslim lah tu.. tak percaya, tengok IC..
Okay, berhenti sekejap. Update pula info semasa. Pimpinan 'muslim' dalang rasuah. Alim Ulama dikata sempit, dituduh jumud. Muslim menyerang muslim bersenjatakan "ini lah islam!". Orang takbur melaung takbir. Orang yang telus dipandang sinis. Wujudnya 'islam maju' membunuh 'islam lapuk'. Fitnah manusia kian kronik menular, menanti Dajjal untuk muncul keluar.
Ye.. muslim lah tu.. tak percaya, tengok IC..
Serabut! Okay tutup hand phone. Dah azan. Pegi solat. Hmm.. Cuma dua saf. Daripada ribuan pengunjung muslim dalam mall, cuma dua saf mampu terbina?! Mana yang lain? Yang rancak membela agama bila dihina? Yang rancak memberi fatwa bila berdebat? Yang lancar mengeluarkan dalil bila digugat? Hmmm.. ke semua tu dah cukup untuk mengganti solat?
Habis solat, keluar surau. Duduk tempat tadi.. pandang sekeliling.. fikir.. fikir... walaupun kau bukan Tuhan, kau dah mampu agak daripada pemerhatian tadi, berapa kerat ke syurga, berapa billion ke neraka.
Dan kau pun mula keliru, "layak ke aku ke syurga? Keluarga aku?? Siapa yang mampu tolong aku ke syurga?? Ramainya yang akan tarik aku ke neraka!! Kenapa aku tak mampu selamatkan sesiapa, walaupun abang. Kakak. Adik. Ibu. Ayah. Habisss.."
Teruskan berfikir.. Teruskan merenung.. dengan mata.. dengan akal.. dengan hati..
#SebarkanDakwah #SelamatkanUmmah #Istiqamah