Dear niqabis..
Jujur saya sangat hormat kepada anda semua. Tak kisah anda berniqab kerana fesyen atau sunnah, rela atau disuruh.
Tapi hormat saya jatuh bila ada beberapa yang tertutup tetapi tertayang. Matanya dihias begitu cantik. Pakaiannya bukan main menarik perhatian. Yang pling best, tudungnya pendek, jubahnya ketat.
Jatuh lagi hormat saya bila ada beberapa yang terlalu keras dengan niqabnya. Sehingga seakan- akan berdosa jika ajnabi terlihat wajahnya. Seakan haram kain itu dibuka di hadapan orang. Sehinggakan saat solat di lapangan dia memilih untuk berada di saf belakang, bila berprogram dia mengugut untuk tarik diri jika tidak dibenarkan berniqab. Juga sanggup tangguh ambil gambar kad matrik sebab tak mahu buka di hadapan orang.
Mengarut..
Kenapa begitu takut dipersoal "apa niat kau pakai sebenarnya kalau bukak tutup bukak tutup?". Sedangkan ianya bukan lah fardhu untuk memakainya. Jangan takut untuk buka bila perlu. Jangan terlalu keras berprinsip sehingga yang sunnah jadi wajib, yang makruh jadi haram, bahkan terkadang yang harus pun dikatakan haram. Hinggakan sunnah berniqab itu mengatasi yang wajib dan yang lebih aula(utama)
Saudari, Lihatlah waqi', lihatlah pada keadaan. Jangan kerana diri anda, kita semua dilabel JUMUD. Pakai lah. Silakan. Bagus! Tapi bila keadaan meminta anda tanggal sebentar, berkompromi lah. Saya faham. Isu utama nya adalah rasa MALU. Dan bagi saya malu itu sangat bagus. Cuma, perlahan- lahan kita ajar hati kita supaya boleh mengawal malu tu.
Fikirkan, buka minda buka hati.. relax.. saya bukan sedang menekan anda.
Soalan saya;
1) Apa yang kami boleh buat pun kalau terlihat muka anda? Nothing different!
2) Anda fikir kami akan ingat setiap bentuk dan corak di muka anda? Esok anda tukar baju, kami dah tak kenal siapa anda
3) Anda berniqab sebab sunnah or sebab mahu sembunyikan wajah?
Sang kekura pun bijak memilih waktu tertentu sembunyi, dan waktu untuk keluar.
Setulusnya, bukan saya post benda ni untuk provokasi, bukan juga untuk marah, apatah lagi memandang buruk kepada Niqabis. Saya malahan hormat kepada anda semua sebab memakai niqab&purdah tu menzahirkan prinsip dan disiplin diri anda. Cuma saya terpanggil untuk memberi pandangan dan secebis nasihat. Last dari saya, PAKAI LAH, TAPI REDHA UNTUK BUKA BILA PERLU.. BILA PERLU..