Habis.. rancak.. sakan..
Kau canang hinanya aku..
Kau sebar kejinya aku..
Kau dakyah busuknya aku..
Kejap.. kau, kenal ke siapa aku?
Tak.. kan?
Dan kau tak pernah pun ambil tahu..
Kalau kau nak dapatkan sesuatu,
Usaha sendiri biar bermutu,
Ini yahudi model kau tiru,
Membunuh lawan tinggal kau satu..
Aku tahu mata yang menipu..
Aku nampak senyum yang palsu..
Aku hidu dendam yang terbuku..
Depan kau berseri, belakang berbulu..
kerana sangkaan, dendam berapi.
Kerana perempuan kau semat benci.
Apa kau benar lelaki sejati?
Oh lupa,
kalau tiada bulu menghias penuhi pipi,
Tak dapat beza perempuan dan lelaki..
Biarlah.. Biar dunia pandangku keji,
Ku punya Tuhan Maha Mengetahui,
Ku masih punya teman di sisi,
Biar sedikit tapi berkualiti,
Bukan hipokrit mengambil hati.
Biarlah.. dari cerita kau aku pengkhianat,
Dengan sahabat aku yang jahat,
Asal tentang kau semuanya hebat,
Sedap kau putar Tuah dan Jebat.
Buatlah apa pun tetap aku di depan,
Kau tendang kiri ku ada kanan,
Tetap berdiri dengan senyuman,
Senyuman manis yang kau sakitkan,
Takkan kau mampu jadi tekanan,
Jatuh bangunku bukan kau tentukan.
Tak perlu aku lantang laung bantahan,
Cukup ku simpan untuk hari kemudian,
Kerana akhirnya kita akan dimatikan,
Kemudian dihidup dihitung amalan,
Masa itu kau tanggung apa kau kerjakan,
Akan tersingkap Fitnah yang kau zikirkan,
Pandailah kau jawab hadapan Tuhan,
Dengan senyuman atau tangisan?
Haha, kau sendiri dah tau jawapan.
Pssstt!
Anjing pun kenal sape lawan sape teman sape tuan,
Bukan semua orang dia terkam jadikan bahan