
Remaja... Ia merupakan kategori umur yang sedang membesar... Pada peringkat umur inilah manusia akan mempelajari banyak perkara sama ada positif mahupun negatif... Kebanyakan remaja masa kini tersesat dalam dunia hiburan yang penuh dengan sumber negatif sehinggakan boleh membawa kepada perbuatan merokok, menghisap dadah, zina dan macam-macam lagi.
Perkara ini boleh mempengaruhi kanak-kanak bawah umur yang hanya memikirkan keseronokan dan suka menceburi sesuatu yang baru lagi mencabar... Itu adalah hakikat dan realiti remaja pada masa yang serba kemodenan ini...Ianya telah mernjadi satu kebiasaan kepada manusia kerana pihak media telah banyak menyiarkan berita tentang masalah yang dilakukan oleh para remaja... Mengapakah hal ini terjadi? Adakah disebabkan salah didik daripada ibu bapa..? Yang pasti, sebahagian besar daripadanya adalah pengaruh daripada rakan-rakan... Merokok, melepak, meminum arak,menagih dadah, prgaulan bebas,zina dan pelbagai lagi masalah yang menjadi realiti remaja masa kini... Bagaimanapun,masih ada lagi remaja yang mempunyai akhlak yang mulia... Mereka menjalankan aktiviti yang sihat dari segi mental mahupun fizikal... Alhamdulillah, masih ada lagi remaja yang bersih daripada perkara-perkara negatif...
No comments:
Post a Comment
Comment je ah