KATA-KATA HIKMAH ----- UCAPAN ----- CERITA ----- PESANAN ----- NASIHAT ----- SEMUA ADA! ! ! ----------- KATA-KATA HIKMAH ----- UCAPAN ----- CERITA ----- PESANAN ----- NASIHAT ----- SEMUA ADA! ! ! ---------- KATA-KATA HIKMAH ----- UCAPAN ----- CERITA ----- PESANAN ----- NASIHAT ----- SEMUA ADA! ! !

Sunday, September 22, 2013

Korang Ingat lagi?

AssalamuAlaikum! Haha..

Ingat lagi waktu dekat2 akhir tahun 2011.. Ye.. Aku student form5 SAMBBST.. Huhh.. Waktu tuu.. Pagi.. Macam biasa, ramai yang akan ke kelas awal.. Tunggu dihambat keluar dari kelas utk beratur.. Keadaan sunyi.. Masing2 buat kerja sendiri..

"AssalamuAlaikum W.B.T. , perhatian kepada semua pelajar SAMBBST, PUTERA & PUTERI, sila beratur di hadapan kelas anda sekarang juga.." haaa!! Itu dia pengumuman dah sampai.. Hahah..

Tiba2, sapp!! Terlintas kat minda aku, setiap pagi, akan ada benda yang sama berlaku. Dan aku pun secara spontan, terluah dengan nada biasa (tak kuat, tak perlahan).

"panggilan pertama.. Semua orang buat tak tau dengan pengumuman tu.. Duduk buat kerja sendiri..... Nanti bila ulang suara, Umai orang pertama akan bergerak, bangun, tutup lampu & kipas, baru semua orang keluar kelas.."

Hehee.. Serius benda tu keluar sendiri dari mulut aku.. Tiba2, semua orang yang dengar suara aku tadi jeling terus & tepat ke arah Umai (umai & the geng tak dengar aku cakap ape tadi).. Semua menanti, apa yang aku cakap tadi betul atau salah.. (oh ye.. Jelingan Ijat Gajah tetap paling menakutkan..)

Tuk2!! (bunyi mic diketuk)

"Ulang suara! Perhatian kepada semua pelajar SAMBBST, PUTERA & PUTERI, sila beratur di hadapan kelas anda sekarang juga!! Para pengawas, sila jalankan tugas anda!" haaaa.. Haha!!

Betol!! Umai bangun!! (semua yang masih jeling tengah tahan nak gelak)
"tap..! Tap..!" Suis lampu & kipas ditutup & "brrrrrrrrr" bunyi kerusi.. Semua yang tak dengar suara aku tadi pakat bangun nak keluar kelas.. Haha..

"Bhahahahahahaaa!!!! Bhahahahaha!!!" hahaha gelak ramai2! Dah la gelak pandang Umai... Serba salah Umai dibuatnye.. Serius, aku sendiri pun tak tau yang aku ni boleh ramal masa depan!! Hihihiii...

Sejak peristiwa tuh, berminggu jugak lah Umai tak buat rutin harian dye tuh.. Haha.. Maluu.. Siaannn Umai..

Haha.. Well.. Kadang2 terkenang zaman sekolah dulu buat kita tergelak en? Haha.. Sorry Umai!!

Huhuu.. AssalamuAlaikum!

Saturday, September 21, 2013

Umat Dulu Bukanlah Yang Sekarang~

AssalamuAlaikum!!

Ni nk kongsi citer skit je.. Sedar tak, zaman nabi, khulafa', tabi', tabi' tabi'in, lain dari zaman kita.. Dulu, bersungguh-sungguh pertahan islam! Hatta pertaruhkan nyawa demi islam..

Dulu, Bilal diletak tengah panas, dihempap batu berat, dicabar keimanan.. Tapi beliau tetap dengan aqidah yang mantap.. Tak putus menyebut "Ahad!" yang bermaksud "Esa".
Tapi sekarang? Kita just dihempap selimut, bila dipanggil buat kerja atau keluar rumah, kita tetap dengan pegangan sayang tidur kita, lantas berkata, "Ahad!".... "Hari ni Ahad! Jangan kacau tidur aku!!"

Dulu, Rasulullah dilempar batu dan najis (cacian n hinaan apatah lagi), patah gigi, kotor tapi Rasul tetap tak putus asa berdakwah penuh kesabaran. "Tak mengapa.. Mereka Tak Tahu..". Sekarang? Kita hanya dilempar cacian, terus give up dalam dakwah, berpecah belah, terus keluar jampi serapah " Bab1! Bab2! Anjing! Kucing! B*d*h! Jahil! Si*l! F*ck! And so on"

Dulu, ramai umat islam kejar syahid fi sabilillah.. Bila saudara-mara dah syahid, semangat lagi berkobar-kobar nak syahid.. Tapi sekarang, kita kejar duit dan hidup mewah. Cinta dunia dan takut mati (penyakit wahan).. Kalau saudara-mara mati, hilang semangar, hilang semua, macam kita pulak yang mati. Bila berkobar-kobar nak mati?? Putus cinta! What the heaven?! Hehee..

Dulu, pasangan laki bini sibuk hatar anak pi perang.. Nak anak syahid.. Nak anak MATI di medan perang, kerana Allah.. Sekarang? Sibuk hantar anak masuk program joget2.. Bintang kecil lah.. Ape lah..kat sekolah, Cikgu rotan anak pasal nakal, nak report polis, angkut geng nak 'cedok' cikgu. Bukan nak bunuh anak tu.. Nak didik je pon!! Haduuu..

Dulu, sahabat meninggal dalam keadaan tak berharta. Sebab dah infaq membantu Islam. Tapi sekarang? Mati ada harta bertingkek-tingkek.. Zakat tak bayar pun.. Anak- beranak kabut nak harta pusaka.. Kubur pun si hias mewah, bersimen bagai!! Punoh~

Kenapa umat Islam dulu berjaya? Sebab umat Islam dulu Realiti seperti yang disebut dalam Al-quran dan hadis.. Banyak ibadah.. Bersungguh-sungguh tegakkan islam.. Mujahadah.. Lawan nafsu.. Umat macam tu kan Allah dah janjikan kemenangan.. Muhasabah diri kita.. Kita di akhir zaman.. Tiada Islam selepas kita.. Siapa lagi nak amalkan islam kalau bukan kita?

Sebenarnye malu nak tulis post ni.. Sebab Amar pun serba kurang dan banyak buat maksiat.. Tapi.. Peringatan buat kita semua yew!!

ASSALAMU ALAIKUM!!

Thursday, September 19, 2013

Bicara Minggu Ini - Juara

AssalamuAlaikum!!

Haha.. Ceh, tajuk xleh blah!! 'JUARA'~ hahahaha.. Ok! Stop playing!

Ni nak habaq mai, siapa sang Juara? Yang merangkul kemenangan.. Huh, peperangan hanya sekali dalam sejarah setiap individu, pertempuran adil antara darjat yang sama, pertembungan demi menakluk dan menjajah, pertandingan tanpa mengira siapa, perlawanan penentu masa depan, pergelutan antara hidup atau mati, pembunuhan saudara tanpa sengaja.. Kitalah sang Juara!

Hey, tak sedar ke?! Kita pemenang, satu dalam berjuta.. Kita paling hebat dari jutaan yang mencuba.. Kita terpilih dari sejumlah besar yang berusaha.. Dari jutaan sperma, kita mula dengan kosong, lemah, kecil, jijik, b*d*h!! Itu kita.. Bunnyi macam hebat kan, juara sekalian? Hah, hebat ape? Nak membesar pun menumpang perut orang. Nak makan pun sisa kunyahan orang. Duduk dalam tu tak jauh dari tahi n air kencing. Keluar pun ikut kemaluan! Hah.. Hebat ke sang juara ni?! YA!! Kita hebat!! Allah, tuhan Yang Satu pernah mewahyukan ayat dalam Al-Furqan yang bermaksud, "sesungguhnya telah kami ciptakan manusia sebagai sebaik-baik kejadian". Bukan calang2 kita ni.. Ingat!! Lebih hebat dari flora, lebih dahsyat dari fauna, lebih tinggi dari malaikat, dan jauh lebih baik dari jin (syaitan & iblis apatah lagi).. Seburuk-buruk manusia adalah sebaik-baik jin~

Tapi kenapa? Kenapa kita bermula dengan keadaan yang hina? Keluar dari kemaluan, masuk kemaluan lain. kemudian keluar balik, jugak dari kemaluan. Sebabnya, supaya manusia yang punya akal ini sedar diri, tidak angkuh, dan patuh pada Sang Pencipta.

Allah ajar kita bahawa manusia ini mampu kecapi kejayaan dengan usaha gigih, biar banyak saingan dan dugaan. Buktinya? Kita bermula dari Si Kosong (teringat lawak kampus kan? Haha). Kita sekadar sperma lemah. Kalau dipijak, 100% pasti kita akan mati. Tapi dengan kuasa Allah, yang lemah ni berjaya, membolosi rintangan, berlumba dengan saudara mara, tanpa peta dan kompas (apatah lagi android) kita berjaya mencari arah, entah macam mana, kita tahu arah tuju kita. memintas semua sperma lain, berebut, berenang menuju jalan yang sudah siap terbuka. Terus mara meredah semua jalan yang berliku. jadi yang paling gagah, tinggalkan yang lain, menerobos ke dalam ovum yang KEBIASAANnya hanya ada satu sit. Sit VVIP. Rasai kehebatan yang sempurna hasil ledakan cinta dua insan.

Allah ajar kita bahawa manusia ini tak mampu berjaya seorang, kita perlukan bantuan, sebab itu Allah bagi kita senjata ping hebat, iaitu doa yang menjadi talian hayat untuk memohon bantuan dari Ilahi. Buktinya? Kita duduk di tempat VVIP dalam rahim bonda, labih sembilan bulan, makan percuma, minum percuma, melancong percuma, semua disediakan dan dibantu. Malah, kita dijaga dengan penuh kasih sayang. Kita cuma duduk diam, dan mengharap. Dibuai si lena yang indah dan selesa, sel2, tulang belulang, saluran2 dibentuk. Kewujudan jutaan bentuk dan jenis yang bakal mamikul peranan amat penting.

Allah jugak ajar kita bahawa kita tak boleh berjaya hanya dengan bantuan dan sokongan, kita perlu berusaha sendiri!! Dan kejayaan itu terhasil sikit demi sikit. Sejak kali pertama kita bukak mata, nafas oksigen pertama kita hirup, suara pertama kita teriak, sentuhan pertama dari 'dunia luar'. Tersedar untuk pertama kalinya, dari si lena ke alam nyata. Terlanjang, tanpa seurat benang.. Terlantar menangis, memekik, menjerit. Satu2nya teriakan yang buat orang sekeliling tersuntik bahagia. Di situ lah kita mula meneroka dunia alpa, dunia gundah gulana, dunia fana, dunia penuh tipu daya, dunia kezaliman berkuasa. Bermula masa itu kita bergerak sendiri. Menerima didikan, menerima ajaran. Mula merangkak sebelum berjalan sendiri. Mula menangis sebelum bertutur berbicara. Mula disuap sebelum menyuap.

  Tapi sekarang berapa ramai terlupa tentang semua tu? Berapa ramai yang bermegah, sombong, angkuh. Lupa yang dirinya datang dari tempat keluar najis. Berapa ramai yang bunuh diri, berputus asa, mudah mengalah, jatuh tak bangun. Lupa yang kita masih ada yang sudi membatu, masih ada yang sudi menghulur tangan, masih ada yang mampu buat kita tersenyum. (apsal makin menggelabah ayat2 aku neh?!). Berapa ramai yang berangan nak berjaya tapi tiada usaha? (termasuk guek). Lupa yang kita pernah menjadi hebat bermula dari si lemah, si lembik. Berapa ramai yang lupa Tuhan Maha Agung, yang ciptakan kita penuh keajaiban, anugerahkan kita dengan akal, roh berpasangan dengan jasad.

  Biasalah, "Al-insanu nisyan" (manusia itu lupa). Kita mudah lupa diri, lupa siapa 'Boss', lupa asal usul, lupa arah tuju. Ingat, kita DIPILIH menjadi khalifah di muka bumi ni. Kita yang terbaik. So, bertindaklah selaku yang terbaik, tegakkan keadilan. Tumbangkan kezaliman. Balik la ke jalan asal. Kejar nikmat terindah di luar dunia luar ini. Bersiap untuk pulang ke kampung Jannah. Lupa ke yang asal nenek moyang kita dari syurga. ADAM & HAWA.

  Ok thats all.. Thanx 4 reading.. AssalamuAlaikum!

Tuesday, September 17, 2013

Yang Perlu Tahu tapi Tak Tahu - SOLAT

AssalamuAlaikum, hye you allz~ (gedik seketika. Ok cukup!)

Orait!! Ni sblm Amar kupas lagi pasal tajuk ni, meh nk iklan skit.. Ni slot baharu dalam blog tak best nih. 'Yang Perlu Tahu tapi Tak Tahu'. Haa.. Ape lg slot lain? 'Bicara Minggu Ini', 'Antara Dua Dunia', 'School' (yg akan ditukar kpd tajuk baharu > 'University').. Haaa.. Haha.. Ok! Kita kembali kpd tajuk kita:

Biasanya kalau kita pi surau or masjid, lepas ceramah or baca yasin or al-kahfi or else, ade ape?? Haaa.. Yup!! Ada makan2 kan? Hehee.. Biasanya kita Isya berjemaah then baru makan.. Ok.. Ni nk bagi tau:

Dari Saidatina Aisyah: "Rasul bsabda, jika iqamat dilaungkan dan makanan malam sedang dihidang, maka dahulukanlah makan malam."
Haaa.. Haha.. Bukan nak kata di sini makan lagi penting dari solat.. Tak.. Sbb manusia ni kan keinginan lebih kepada makan.. Betol? Takot2 tak khusyu' solat kalau perut lapar. Lagi2 kenduri nasi arab, kambing golek, gulai, macam2 lagi lah!! Hahaa.. Tapi boleh je lau nak solat dulu.. Cuma,  Tak digalakkan.. (maka bergembiralah mereka yg malas solat di awal waktu pabila membaca artikel ini). Ha, Ups, sila ambil perhatian.. Dalam hadis di atas hanyalah solat ISYA'!! Haa.. Dan Nabi Muhammad pun selalu melambatkan solat isya' (ni yg ana dpt dari sorg ustaz). Bukan lambat sgt lah, kata ulama dlm pkol 10:00 ----> 11:30, macam tu laa.. Dan kita pun selalu mengamalkan sunnah ni kan? Tak? Laa.. Nape tak? Kan biase surau2 n masjid2 buat kuliah maghrib, lajak smpai lewat sikit time isya'.. Itu sunnah.. Tapi ingat!! Awalkan solat isya' juga sunnah sebab Nabi tercinta buat dua2~

Lagi Hadis nabi:

-"Tiada solat ketika makanan dihidang"
Haaa.. Yang ni jangan diguna sebagai nas ketika puasa. Sebab memang apa yang Nabi buat ialah makan kurma, minum air, solat, then baru makan juadah lain.

-"Tiada solat bg mereka yg memikul 2 benda berat > (tahan kencing n tahan berak)" sape penah rasa dua2 ni masa solat?? Seksa gila kan? Hahaha.. Serius sangat seksa.. 'Tak apa lah' kata mak Afiff, makcik Marhamah. Hahaha.. Ni, nabi dah larang pun.. Mustahil boleh hadir khusyu' dalam solat kalau kita rasa nak buang air. Huhu, elehhhh, masa tak rasa nak ke toilet punnnnn, payah nak khusyu'. Hah, macam mana pulak kalau azan, perut buat hal, pi la tandas.. dok buang air, punye la berjam-jam (makan ape lah ko ni?) sampai lah masuk waktu solat lain.. Apo kono ea jang? Nok wek camno nih? Haa.. Kata Nabi, maka hendaklah kita tunaikan dua2 solat pada waktu itu (lepas dah puas melepas hajat), dan itu tidak dinama solat qadha' sbb terpaska. Itu yang terbaik yang mampu kita buat. Nabi pn pnh gabung 4 solat pd waktu isya', sebab perang KALAU TAK SILAP..

Haaaa.. Cerita pasal qadha', nak bagi satu soalan cepumas.. Kalau anda bangun pagi, dan Hah!!!! Dah cerah.. Pukul 10:30.. Ape nak buat?
A: Buat b*d*h lah sebab dah habis waktu.
B: Amik wudhu', solat Subuh dengan niat qadha'.
C: Amik wudhu', solat Subuh macam biasa.
Haaaa... Yang patut kita buat ialah,,,,, C!!!! Haha.. Amik wudhu, solat Subuh macam biasa. Maybe ade yang tertanya dalam diri, "apasal tak payah niat qadha'??". Sebaaabbb.. Nabi pernah bagitau, waktu kita bangun tu, adalah subuh bagi kita (kalau dah masuk waktu la). So, ulamak kata no need to qadha'.. Faham?? Good!!

-"Tiada solat selepas subuh sehingga terpacak matahari. Dan tiada solat selepas asar sehingga tenggelam matahari"
Dalam hadis ni, Kebanyakan Imam (termasuk imam Malik n imam Hanafi) HARAMkan apa2 pn solat di waktu itu.. Tpi Imam Shafie (bukan YB Bangi, Shafie Ngah) kata BOLEH solat di waktu itu kalau BERSEBAB! Oh, yang terpacak mentari tu, waktu dhuha. Eh, dhuha ke syuru'?? Hahaha.. Sama je dhuha dan syuru'!! Ramai terkeliru dan tertipu.. Hurmm.. Ada jugak hadis kata jangan solat time mentari terpacak tegak di kepala shingga tglincir ke zohor (LEBIH KURANG 45 minit sebelum zohor). Sebab apa?? Hehee.. Sebab time2 tu kaum2 yg sembah mentari 'beribadat'. Sape dorang? Mereka yg berada dalam kekuasaan Puteri Balqis. Tak tau cerita Puteri Balqis? Emh2~ Bukak sirah nabi Sulaiman A.S.

Hah, ni nak tanya, macam mane lau masbuk solat jenazah? Sape boleh jawab???!! ::krik krik krik:: Naaah.. Xde masbuk2 der.. Bila imam bagi salam, kita pun bagi salam. Even kita terlepas beberapa takbir dengan imam. Sebab apa begitu?? Sebab yang penting dalam solat jenazah adalah doa di akhirnya.. "Allahummaghfirlahu/ha/huma/hum/hunna....... And so on......." hahaaaa... Macam mana pulak lau kita takde info, jenazah laki or pmpuan? Mcm mane nk doa? Nak guna dhomir 'hu'(laki), 'ha'(perempuan), 'hum'(ramai lelaki) atau 'hunna'(ramai perempuan)?? Haaa.. Caranya kne ikut hukum nahu&sorof dlm bahasa arab. Kembali kepada perkataan 'janazatu' yg ada 'ta marbutah', yang merupakan muAnas(perempuan), maka doa lah guna dhomir perempuan ke atas jenazah itu, guna dhomir 'ha'..

Haaa.. Jamak n Qasar pulak.. Sebelum kupas, nak bagitau kepada yang tak tahu, jamak solat ni ialah gabung solat. Dua gabungan je boleh. Maghrib+isya dan zohor+asar. Subuh? NO! Hahaha. Jamak pulak ada dua, jamak taqdim(maghrib+isya pada waktu maghrib, zohor+asar pada waktu zohor) dan jamak ta'khir (isya+maghrib pada waktu isya, asar+zohor pada waktu asar). Qasar pulak dari perkataan qasir yang bermaksud pendek. Qasar dalam solat ialah pendekkan rakaat solat iaitu 4 rakaat kepada 2 rakaat. Jamak&Qasar adalah kemudahan dan keringanan yang Allah bagi kepada musafir yang bermusafir lebih dari 2 marhalah (lebih kurang 96km).Harap faham, tak faham boleh tanya kat ruangan komen atau kat FB. Mana nak cari FB?? Yang online guna PC or lappy, jelingkan mata ke kiri screen. Nampak tak button F? Itu pesbuk Amar Shafie.
   Yang ni taknak kupas panjang sebab ramai dah tahu (biasa lah.. Melayu.. Semua yang senang, tahu.. Yang susah sikit, mula lahh). Cumanya, ramai tak tahu, bila kita datang masjid, solat zohor dengan imam tamam (penuh), kita boleh ikut imam tersebut dan sambung dengan jamak Qasar. Tak faham? Macam ni.. CONTOH: kalau kita ikut imam, solat zohor  4 rakaat, kita boleh buat jamak&qasar untuk asar sejurus selesai solat zohor. Ramai yang fikir, kalau zohor 4 rakaat, maka asar yang kita nak jamak pun kena 1 rakaat. Salah tu brader.. Islam itu mudah.. Ha! Satu lagi.. Solat jumaat xleh buat jamak!! Apatah lagi qasar.. Haha.. Ramai yg pernah buat kan? (termasuk aku).. Haaa.. Habis macam mana nak buat? Buat lah jamak ta'khir.. Asar+zohor.. Senang boh.. Itu kaau malas sangat takmau solat jumaat lah.. Tapi seeloknya buat lah solat jumaat yew! Berapa pulak tempoh musafir yang boleh jamak n qasar ni? Yang kita belajar, 3 hari.. Betul?? Haha.. Ni yg ramai keliru.. 3 hari itu tak termasuk hari datang dan hari balik.. Kira kalau campur hari datang dan hari balik, 5 hari lah.. Ada faham?? Tapi!! Ustaz kata Nabi pernah buat jamak lebih sampai 18 hari!! Haha.. Korang jangan pandai2 nak tiru.. Belajar dulu kenapa Nabi buat sampai 18 hari tu.. Oh ya!! Satu lagi.. Cara sepatutnya yang telah diajar oleh nabi dalam bab jamak ialah, kau kita keluar bermusafir SEBELUM masuk waktu solat zohor atau maghrib, maka eloklah kiranya kita buat jamak ta'khir. Dan kalau kita keluar bermusafir SELEPAS masuk waktu zohor atau maghrib, maka seeloknya kita solat dahulu dalam perjalanan tu dengan jamak taqdim..

Hah.. Panjang berceloteh kat sini. Semua ni olahan berdasarkan kuliah maghrib dari ustaz Johari tadi. Percaya 80% cukup lah dulu, sebab kita kena belajar dari ramai ulama, bukan sorang.. Hehee.. Kalau ada salah dan silap (selain typo) boleh kongsi.. Kalau ada tak faham, boleh tanya.. Kita jumpa lagi dalam siri akan datang.. Ceyh!!! Haha.. AssalamuAlaikum! ^.^

Sunday, September 15, 2013

Sedekah Termudah

SENYUM.. Hurmmm...
Bkn susah nk buat.. Even lau moody, ble paksa diri SENYUM, kurg skit badmood tuh.. Serius.. X caya, try.. Haha.. Lau exam, xdpt jawab, tension, rasa mcm nak mengamuk, (jangan brader.. Rilex~) cuba selawat, then SENYUM.. InsyaaAllah rasa nk tdo. Eh, insyaaAllah bleh jwb..
Ha, sape yg nk kekal cntik n ensem, SENYUMlah, demi Allah  ini berhasil, insyaaAllah. Tgok Amar Shafie, Kan contoh SENYUM menawan terbaik.. 'SENYUMmu menawan2, kau buat hatiku tertawan~' (rasa nk muntah en? Rilek brader, brader rilek~) haa.. Kan korg dah tersenyum.. haha.. Tgok la artis2.. Ble SENYUM, pergh!! Haha.. Da la SENYUM tu senang, dapat pahala (insyaaAllah), awet muda lg..
Org yg SENYUM jgak lbh disenangi.. Bayangkan kita tgok tv, berita.. Pembaca berita muka pecah rumah, bengis, mcm muka Jin melecur.. Suka? Tak en? Tpi ble pembaca berita tu SENYUM.. Hati kita yg tgok pn jd tenang (dan percaya semua penipuan buletin tv3, TAHNIAH!!). Bayangkan plak nk mkn kt restoran, kan kita x suka lau pelayan tu dtg mintak order dgn muka serius.. Kita lg suka yg SENYUM, mesra, bleh bwk gurau.. Kan3?!
  "SENYUM tanda mesra, SENYUM tanda sayang, SENYUM lah sedekah paling mudah. Tiada terasa terhutang budi. Eratkan persahabatan antara insan. (tapi SENYUM jangan disalah guna) SENYUM di waktu susah, tanda ketabahan.. SENYUMlah seperti Rasulullah, SENYUMnya ikhlas bersinar dgn cahaya, SENYUMan dari hati jatuh ke hati~"
::sukahatiubahliriklaguRaihan::


Tuesday, September 10, 2013

Kedekut Langkah

Rmai org berkira langkah ke masjid dan di masjid. Mcm mne berkira tu? Haaa.. Mcm ni:

1- Buat saf dari tepi. Sape ajar buat mcm ni?! Haih~ Terbinanya saf mesti lah dari tengah. Berdasarkan yg ambo belajar lah~ tak kira saf pertama, kedua, ketiga n so on.. Yang datang lewat, bina saf dari tengah dan yang lagi lewat, sila seimbangkan saf.. Kalau ramai sebelah kanan, masuklah sebelah kiri, macam tu jugak lah kalau sebaliknya. Supaya adil~ (bak kata era.fm) Kalau dah seimbang macam mana?? Masuk lah sebelah kanan dulu.. Haa.. Nampak tak kat sini betapa disiplinnya islam. Nak buat sesuatu tak boleh suka-suki buat.. Ada cara yang betul dan cantik.. Itu yang islam mahu~

2- Sayang kasut, maybe mahal sangat sampai stay kat saf yg paling dekat ngan kasut. Mengapakah begini?? Takut hilang?? Ya Ampuuun haha.. InsyaaAllah tak hilang.. Masjid kot! Ok, kalau hilang pun, beli je la baru, dah rezeki pencuri (jawapan ikut skema fathul bari).. Haha.. Tapi fikir betol2.. Solat sempurna atau kasut lagi mahal? Oh, Ke korang rindu kalau berjauhan dengan kasut? Kalau macam tu.. Kritikal!!

3- Cari kipas, ini aq dah perhati lama dah orangg buat perangai gini. Stay kt kipas or berebut dok tepi kipas. Haish.. Panas ke?? Bro.. Kalau awak panas, yang lain pun panas.. Sabar.. Nak sejuk dunia ke n sejuk akhirat? Pikir brader pikir.. Anda mampu mengubahnya~

4- Merungut parking jauh? Weh.. Setiap langkah tu pahala beb. Chill la.. Tu Allah nk uji je kita akan pegi masjid tak kalau diuji sikit.. Lek luuuh!

5- Tak rapatkan saf, ni satu hal lg.. Seronok syaitan teman dye solat. Rapatkan laaaahh! Bkn susah, apsal? Org sebelah busuk? Eh mane tau dye lg wangi dari ko di sisi Allah.. Ohye.. Ada pulak yang jenis suka raparkan saf TIME SOLAT.. Awat tak rapatkan SEBELUM TAKBIR?? Kat lebih molek gitu.. Tak lah nanti bergerak- gerak time solat..

Haih.. Semuo ni eden posan yo.. Eden pon bayok saloh ee.. Samo2 lah kito ke jalan yang benar~