KATA-KATA HIKMAH ----- UCAPAN ----- CERITA ----- PESANAN ----- NASIHAT ----- SEMUA ADA! ! ! ----------- KATA-KATA HIKMAH ----- UCAPAN ----- CERITA ----- PESANAN ----- NASIHAT ----- SEMUA ADA! ! ! ---------- KATA-KATA HIKMAH ----- UCAPAN ----- CERITA ----- PESANAN ----- NASIHAT ----- SEMUA ADA! ! !

Thursday, September 19, 2013

Bicara Minggu Ini - Juara

AssalamuAlaikum!!

Haha.. Ceh, tajuk xleh blah!! 'JUARA'~ hahahaha.. Ok! Stop playing!

Ni nak habaq mai, siapa sang Juara? Yang merangkul kemenangan.. Huh, peperangan hanya sekali dalam sejarah setiap individu, pertempuran adil antara darjat yang sama, pertembungan demi menakluk dan menjajah, pertandingan tanpa mengira siapa, perlawanan penentu masa depan, pergelutan antara hidup atau mati, pembunuhan saudara tanpa sengaja.. Kitalah sang Juara!

Hey, tak sedar ke?! Kita pemenang, satu dalam berjuta.. Kita paling hebat dari jutaan yang mencuba.. Kita terpilih dari sejumlah besar yang berusaha.. Dari jutaan sperma, kita mula dengan kosong, lemah, kecil, jijik, b*d*h!! Itu kita.. Bunnyi macam hebat kan, juara sekalian? Hah, hebat ape? Nak membesar pun menumpang perut orang. Nak makan pun sisa kunyahan orang. Duduk dalam tu tak jauh dari tahi n air kencing. Keluar pun ikut kemaluan! Hah.. Hebat ke sang juara ni?! YA!! Kita hebat!! Allah, tuhan Yang Satu pernah mewahyukan ayat dalam Al-Furqan yang bermaksud, "sesungguhnya telah kami ciptakan manusia sebagai sebaik-baik kejadian". Bukan calang2 kita ni.. Ingat!! Lebih hebat dari flora, lebih dahsyat dari fauna, lebih tinggi dari malaikat, dan jauh lebih baik dari jin (syaitan & iblis apatah lagi).. Seburuk-buruk manusia adalah sebaik-baik jin~

Tapi kenapa? Kenapa kita bermula dengan keadaan yang hina? Keluar dari kemaluan, masuk kemaluan lain. kemudian keluar balik, jugak dari kemaluan. Sebabnya, supaya manusia yang punya akal ini sedar diri, tidak angkuh, dan patuh pada Sang Pencipta.

Allah ajar kita bahawa manusia ini mampu kecapi kejayaan dengan usaha gigih, biar banyak saingan dan dugaan. Buktinya? Kita bermula dari Si Kosong (teringat lawak kampus kan? Haha). Kita sekadar sperma lemah. Kalau dipijak, 100% pasti kita akan mati. Tapi dengan kuasa Allah, yang lemah ni berjaya, membolosi rintangan, berlumba dengan saudara mara, tanpa peta dan kompas (apatah lagi android) kita berjaya mencari arah, entah macam mana, kita tahu arah tuju kita. memintas semua sperma lain, berebut, berenang menuju jalan yang sudah siap terbuka. Terus mara meredah semua jalan yang berliku. jadi yang paling gagah, tinggalkan yang lain, menerobos ke dalam ovum yang KEBIASAANnya hanya ada satu sit. Sit VVIP. Rasai kehebatan yang sempurna hasil ledakan cinta dua insan.

Allah ajar kita bahawa manusia ini tak mampu berjaya seorang, kita perlukan bantuan, sebab itu Allah bagi kita senjata ping hebat, iaitu doa yang menjadi talian hayat untuk memohon bantuan dari Ilahi. Buktinya? Kita duduk di tempat VVIP dalam rahim bonda, labih sembilan bulan, makan percuma, minum percuma, melancong percuma, semua disediakan dan dibantu. Malah, kita dijaga dengan penuh kasih sayang. Kita cuma duduk diam, dan mengharap. Dibuai si lena yang indah dan selesa, sel2, tulang belulang, saluran2 dibentuk. Kewujudan jutaan bentuk dan jenis yang bakal mamikul peranan amat penting.

Allah jugak ajar kita bahawa kita tak boleh berjaya hanya dengan bantuan dan sokongan, kita perlu berusaha sendiri!! Dan kejayaan itu terhasil sikit demi sikit. Sejak kali pertama kita bukak mata, nafas oksigen pertama kita hirup, suara pertama kita teriak, sentuhan pertama dari 'dunia luar'. Tersedar untuk pertama kalinya, dari si lena ke alam nyata. Terlanjang, tanpa seurat benang.. Terlantar menangis, memekik, menjerit. Satu2nya teriakan yang buat orang sekeliling tersuntik bahagia. Di situ lah kita mula meneroka dunia alpa, dunia gundah gulana, dunia fana, dunia penuh tipu daya, dunia kezaliman berkuasa. Bermula masa itu kita bergerak sendiri. Menerima didikan, menerima ajaran. Mula merangkak sebelum berjalan sendiri. Mula menangis sebelum bertutur berbicara. Mula disuap sebelum menyuap.

  Tapi sekarang berapa ramai terlupa tentang semua tu? Berapa ramai yang bermegah, sombong, angkuh. Lupa yang dirinya datang dari tempat keluar najis. Berapa ramai yang bunuh diri, berputus asa, mudah mengalah, jatuh tak bangun. Lupa yang kita masih ada yang sudi membatu, masih ada yang sudi menghulur tangan, masih ada yang mampu buat kita tersenyum. (apsal makin menggelabah ayat2 aku neh?!). Berapa ramai yang berangan nak berjaya tapi tiada usaha? (termasuk guek). Lupa yang kita pernah menjadi hebat bermula dari si lemah, si lembik. Berapa ramai yang lupa Tuhan Maha Agung, yang ciptakan kita penuh keajaiban, anugerahkan kita dengan akal, roh berpasangan dengan jasad.

  Biasalah, "Al-insanu nisyan" (manusia itu lupa). Kita mudah lupa diri, lupa siapa 'Boss', lupa asal usul, lupa arah tuju. Ingat, kita DIPILIH menjadi khalifah di muka bumi ni. Kita yang terbaik. So, bertindaklah selaku yang terbaik, tegakkan keadilan. Tumbangkan kezaliman. Balik la ke jalan asal. Kejar nikmat terindah di luar dunia luar ini. Bersiap untuk pulang ke kampung Jannah. Lupa ke yang asal nenek moyang kita dari syurga. ADAM & HAWA.

  Ok thats all.. Thanx 4 reading.. AssalamuAlaikum!

No comments:

Post a Comment

Comment je ah