AssalamuAlaikum, hye you allz~ (gedik seketika. Ok cukup!)
Orait!! Ni sblm Amar kupas lagi pasal tajuk ni, meh nk iklan skit.. Ni slot baharu dalam blog tak best nih. 'Yang Perlu Tahu tapi Tak Tahu'. Haa.. Ape lg slot lain? 'Bicara Minggu Ini', 'Antara Dua Dunia', 'School' (yg akan ditukar kpd tajuk baharu > 'University').. Haaa.. Haha.. Ok! Kita kembali kpd tajuk kita:
Biasanya kalau kita pi surau or masjid, lepas ceramah or baca yasin or al-kahfi or else, ade ape?? Haaa.. Yup!! Ada makan2 kan? Hehee.. Biasanya kita Isya berjemaah then baru makan.. Ok.. Ni nk bagi tau:
Dari Saidatina Aisyah: "Rasul bsabda, jika iqamat dilaungkan dan makanan malam sedang dihidang, maka dahulukanlah makan malam."
Haaa.. Haha.. Bukan nak kata di sini makan lagi penting dari solat.. Tak.. Sbb manusia ni kan keinginan lebih kepada makan.. Betol? Takot2 tak khusyu' solat kalau perut lapar. Lagi2 kenduri nasi arab, kambing golek, gulai, macam2 lagi lah!! Hahaa.. Tapi boleh je lau nak solat dulu.. Cuma, Tak digalakkan.. (maka bergembiralah mereka yg malas solat di awal waktu pabila membaca artikel ini). Ha, Ups, sila ambil perhatian.. Dalam hadis di atas hanyalah solat ISYA'!! Haa.. Dan Nabi Muhammad pun selalu melambatkan solat isya' (ni yg ana dpt dari sorg ustaz). Bukan lambat sgt lah, kata ulama dlm pkol 10:00 ----> 11:30, macam tu laa.. Dan kita pun selalu mengamalkan sunnah ni kan? Tak? Laa.. Nape tak? Kan biase surau2 n masjid2 buat kuliah maghrib, lajak smpai lewat sikit time isya'.. Itu sunnah.. Tapi ingat!! Awalkan solat isya' juga sunnah sebab Nabi tercinta buat dua2~
Lagi Hadis nabi:
-"Tiada solat ketika makanan dihidang"
Haaa.. Yang ni jangan diguna sebagai nas ketika puasa. Sebab memang apa yang Nabi buat ialah makan kurma, minum air, solat, then baru makan juadah lain.
-"Tiada solat bg mereka yg memikul 2 benda berat > (tahan kencing n tahan berak)" sape penah rasa dua2 ni masa solat?? Seksa gila kan? Hahaha.. Serius sangat seksa.. 'Tak apa lah' kata mak Afiff, makcik Marhamah. Hahaha.. Ni, nabi dah larang pun.. Mustahil boleh hadir khusyu' dalam solat kalau kita rasa nak buang air. Huhu, elehhhh, masa tak rasa nak ke toilet punnnnn, payah nak khusyu'. Hah, macam mana pulak kalau azan, perut buat hal, pi la tandas.. dok buang air, punye la berjam-jam (makan ape lah ko ni?) sampai lah masuk waktu solat lain.. Apo kono ea jang? Nok wek camno nih? Haa.. Kata Nabi, maka hendaklah kita tunaikan dua2 solat pada waktu itu (lepas dah puas melepas hajat), dan itu tidak dinama solat qadha' sbb terpaska. Itu yang terbaik yang mampu kita buat. Nabi pn pnh gabung 4 solat pd waktu isya', sebab perang KALAU TAK SILAP..
Haaaa.. Cerita pasal qadha', nak bagi satu soalan cepumas.. Kalau anda bangun pagi, dan Hah!!!! Dah cerah.. Pukul 10:30.. Ape nak buat?
A: Buat b*d*h lah sebab dah habis waktu.
B: Amik wudhu', solat Subuh dengan niat qadha'.
C: Amik wudhu', solat Subuh macam biasa.
Haaaa... Yang patut kita buat ialah,,,,, C!!!! Haha.. Amik wudhu, solat Subuh macam biasa. Maybe ade yang tertanya dalam diri, "apasal tak payah niat qadha'??". Sebaaabbb.. Nabi pernah bagitau, waktu kita bangun tu, adalah subuh bagi kita (kalau dah masuk waktu la). So, ulamak kata no need to qadha'.. Faham?? Good!!
-"Tiada solat selepas subuh sehingga terpacak matahari. Dan tiada solat selepas asar sehingga tenggelam matahari"
Dalam hadis ni, Kebanyakan Imam (termasuk imam Malik n imam Hanafi) HARAMkan apa2 pn solat di waktu itu.. Tpi Imam Shafie (bukan YB Bangi, Shafie Ngah) kata BOLEH solat di waktu itu kalau BERSEBAB! Oh, yang terpacak mentari tu, waktu dhuha. Eh, dhuha ke syuru'?? Hahaha.. Sama je dhuha dan syuru'!! Ramai terkeliru dan tertipu.. Hurmm.. Ada jugak hadis kata jangan solat time mentari terpacak tegak di kepala shingga tglincir ke zohor (LEBIH KURANG 45 minit sebelum zohor). Sebab apa?? Hehee.. Sebab time2 tu kaum2 yg sembah mentari 'beribadat'. Sape dorang? Mereka yg berada dalam kekuasaan Puteri Balqis. Tak tau cerita Puteri Balqis? Emh2~ Bukak sirah nabi Sulaiman A.S.
Hah, ni nak tanya, macam mane lau masbuk solat jenazah? Sape boleh jawab???!! ::krik krik krik:: Naaah.. Xde masbuk2 der.. Bila imam bagi salam, kita pun bagi salam. Even kita terlepas beberapa takbir dengan imam. Sebab apa begitu?? Sebab yang penting dalam solat jenazah adalah doa di akhirnya.. "Allahummaghfirlahu/ha/huma/hum/hunna....... And so on......." hahaaaa... Macam mana pulak lau kita takde info, jenazah laki or pmpuan? Mcm mane nk doa? Nak guna dhomir 'hu'(laki), 'ha'(perempuan), 'hum'(ramai lelaki) atau 'hunna'(ramai perempuan)?? Haaa.. Caranya kne ikut hukum nahu&sorof dlm bahasa arab. Kembali kepada perkataan 'janazatu' yg ada 'ta marbutah', yang merupakan muAnas(perempuan), maka doa lah guna dhomir perempuan ke atas jenazah itu, guna dhomir 'ha'..
Haaa.. Jamak n Qasar pulak.. Sebelum kupas, nak bagitau kepada yang tak tahu, jamak solat ni ialah gabung solat. Dua gabungan je boleh. Maghrib+isya dan zohor+asar. Subuh? NO! Hahaha. Jamak pulak ada dua, jamak taqdim(maghrib+isya pada waktu maghrib, zohor+asar pada waktu zohor) dan jamak ta'khir (isya+maghrib pada waktu isya, asar+zohor pada waktu asar). Qasar pulak dari perkataan qasir yang bermaksud pendek. Qasar dalam solat ialah pendekkan rakaat solat iaitu 4 rakaat kepada 2 rakaat. Jamak&Qasar adalah kemudahan dan keringanan yang Allah bagi kepada musafir yang bermusafir lebih dari 2 marhalah (lebih kurang 96km).Harap faham, tak faham boleh tanya kat ruangan komen atau kat FB. Mana nak cari FB?? Yang online guna PC or lappy, jelingkan mata ke kiri screen. Nampak tak button F? Itu pesbuk Amar Shafie.
Yang ni taknak kupas panjang sebab ramai dah tahu (biasa lah.. Melayu.. Semua yang senang, tahu.. Yang susah sikit, mula lahh). Cumanya, ramai tak tahu, bila kita datang masjid, solat zohor dengan imam tamam (penuh), kita boleh ikut imam tersebut dan sambung dengan jamak Qasar. Tak faham? Macam ni.. CONTOH: kalau kita ikut imam, solat zohor 4 rakaat, kita boleh buat jamak&qasar untuk asar sejurus selesai solat zohor. Ramai yang fikir, kalau zohor 4 rakaat, maka asar yang kita nak jamak pun kena 1 rakaat. Salah tu brader.. Islam itu mudah.. Ha! Satu lagi.. Solat jumaat xleh buat jamak!! Apatah lagi qasar.. Haha.. Ramai yg pernah buat kan? (termasuk aku).. Haaa.. Habis macam mana nak buat? Buat lah jamak ta'khir.. Asar+zohor.. Senang boh.. Itu kaau malas sangat takmau solat jumaat lah.. Tapi seeloknya buat lah solat jumaat yew! Berapa pulak tempoh musafir yang boleh jamak n qasar ni? Yang kita belajar, 3 hari.. Betul?? Haha.. Ni yg ramai keliru.. 3 hari itu tak termasuk hari datang dan hari balik.. Kira kalau campur hari datang dan hari balik, 5 hari lah.. Ada faham?? Tapi!! Ustaz kata Nabi pernah buat jamak lebih sampai 18 hari!! Haha.. Korang jangan pandai2 nak tiru.. Belajar dulu kenapa Nabi buat sampai 18 hari tu.. Oh ya!! Satu lagi.. Cara sepatutnya yang telah diajar oleh nabi dalam bab jamak ialah, kau kita keluar bermusafir SEBELUM masuk waktu solat zohor atau maghrib, maka eloklah kiranya kita buat jamak ta'khir. Dan kalau kita keluar bermusafir SELEPAS masuk waktu zohor atau maghrib, maka seeloknya kita solat dahulu dalam perjalanan tu dengan jamak taqdim..
Hah.. Panjang berceloteh kat sini. Semua ni olahan berdasarkan kuliah maghrib dari ustaz Johari tadi. Percaya 80% cukup lah dulu, sebab kita kena belajar dari ramai ulama, bukan sorang.. Hehee.. Kalau ada salah dan silap (selain typo) boleh kongsi.. Kalau ada tak faham, boleh tanya.. Kita jumpa lagi dalam siri akan datang.. Ceyh!!! Haha.. AssalamuAlaikum! ^.^