Sebenarnya, ramai yang bertanya, "what makes your team so strong, so united, so special?" Okay then, ni nak share TIGA RAMUAN ASAS yang menjadikan team kami ni istimewa
#PERTAMA
Team kami ini dibina atas dasar USRAH (family). Awas! Jangan keliru, usrah bukan tempat untuk menyuruh sesiapa untuk menjadi lebih baik, tapi usrah adalah platform di mana semua ahlinya bekerjasama, saling membantu untuk sama2 jadi lebih baik. Walaupun atas kertas kerja namanya 'program', jiwa kami melaksanakannya macam usrah, di mana ada ketua, ada nuqaba, ada ahli, ada rukun2 usrah (Taaruf, Tafahum, Takaful), ada modul pengisian, ada komunikasi dua hala, ada sharing moment, ada yang bantu bila susah, ada yang support bila down, ada yang tegur bila silap, ada jugak usik-mengusik. Usrah kami lebih fokus kepada membimbing, membantu, mendidik, dan membentuk akhlak. Kerana kami ingin membina insan yang bukan sahaja cantik pada minda, tapi juga indah pada sahsiah
#KEDUA
Misi kami tak banyak. Hanya satu. DAKWAH. Modul dan pengisian kami tidak terlalu berat, supaya sesuai dengan mad'u kami yang kebanyakannya remaja yang tersepit dalam kebingungan mencari identiti diri, mencari di mana manisnya menyusur di jalan Tuhan. Sebahagian mad'u kami adalah daripada mereka yang sekolah di sekolah biasa, dari latarbelakang keluarga yang biasa, malah ada juga daripada kalangan asnaf yang sangat dahagakan pengisian agama penenang jiwa. Maka misi kami adalah membawa mad'u mengenal agama, sebelum betul2 melaksanakan tuntutannya. Istimewanya sistem dakwah dan tarbiyah yang kami laksanakan, kebanyakan aktiviti dan pengisian yang kami sampaikan adalah berdasarkan syura dan telah melalui beberapa peringkat tapisan supaya sesuai dengan peringkat usia peserta, sesuai dengan kemampuan kami, dan paling penting, mempunyai ibrah pengajaran yang jelas, bukan sekadar bermain berseronok.
#KETIGA
Komrad kami dipilih berdasarkan beberapa tapisan untuk memastikan kualiti dalam komiti. Penggerak asal team ni adalah daripada mereka yang dari kecil sudah bersama, daripada peserta program, kepada fasilitator program sehinggalah pengurus program. Ye, kenal dari zaman kanak2. Kemudian jentera kami diperkuatkan dengan penyertaan sahabat2 baru yang dipercayai. Ye, setiap yang datang, akan dinilai sebelum diserap untuk menjadi komiti kekal ataupun kami panggil sebagai NAKAMA. Tapi proses ni adalah proses lama, semasa pembentukan awal team kami. Dan yang terkini, kami rekrut peserta berpotensi kami yang sudah melepasi usia sebagai peserta untuk menjadi penguat jentera ini. Nama pun usrah, kami didik sebagai peserta, kemudian kami latih sebagai fasilitator. Sekarang, kemungkinan untuk serap 'orang luar' dalam team ni agak tipis sebab kami dah punyai ramai ahli berkualiti dan kami perlu hadkan rekrut baru bagi menjamin kualiti dan kemanisan komrad ini. Macam masakan lah, kalau terlebih ramuan, rosak jadinya
No comments:
Post a Comment
Comment je ah