KATA-KATA HIKMAH ----- UCAPAN ----- CERITA ----- PESANAN ----- NASIHAT ----- SEMUA ADA! ! ! ----------- KATA-KATA HIKMAH ----- UCAPAN ----- CERITA ----- PESANAN ----- NASIHAT ----- SEMUA ADA! ! ! ---------- KATA-KATA HIKMAH ----- UCAPAN ----- CERITA ----- PESANAN ----- NASIHAT ----- SEMUA ADA! ! !

Friday, July 22, 2011

Dormku 2011 fantasi...A FORCE 102

Anda suka bermain game? Tentu sekali ya jawapan anda! Betul? Dapatkan A Force 102, sebuah game yang diterbitkan oleh STISS PRODUCTION.


Watak utama dalam game ini ialah Pendekar Naqi, Naqi Obori. Beliau pakar dalam bidang pendidikan & kaunseling. Kebolehan memanahnya membantunya dalam pertempuran menentang musuh. Apabila marah, Naqi akan menggunakan kuasa besarnya, ‘Hot Obori Hug!’. Sekali terkena, hancur lebur!


Kemudian, Pendekar Maman atau Luqman. Beliau merupakan pendekar yang unik kerana teknik serangannya penuh dengan seni, al-maklumlah Maman menyandang jawatan setiausaha dalam organisasi para pendekar. Kuasa besar Pendekar Maman ialah ‘Acidic paint’ [beliau akan mencurahkan dakwat berasid ke muka lawannya (di sinilah bermulanya jenayah simbah asid)].


Seterusnya ialah Amar atau The MuslimWarrior. Serangan ‘Laser Mouth’nya amat berguna dalam pertempuran. Serangannya membuatkan telinga musuh mengalami pendarahan. Kuasa besarnya ialah ‘Hot Rolling’ (tak boleh ditafsirkan). Bagaimanapun, beliau banyak membantu dalam tugas-tugas multimedia dan informasi.


Then, Azizi atau Pendekar Aji. Beliau pakar dalam hal-hal bimbingan rakan sebaya. Beliau bertarung dengan menggunakan kemahiran silatnya dan awas, serangan terkuatnya ialah ‘Supersonic Voice’ (jeritan garau sekuat taufan).


Pahlawan kelima ialah Pendekar Dayat, Hidayat. Kepakaranya dalam perihal keselamatan dan kesihatan amat diperlukan dalam pertempuran. Para pendekar yang tercedera akibat pertarungan akan diberi rawatan segera. Semasa merawat, Dayat akan menyuntik cecair beracun ke dalam tubuh musuh sekiranya diserang.


Kemudian, Muhaimin, Pendekar Muhai.beliau menggunakan suaranya yang merdu untuk mencairkan jiwa musuh. Apabila marah, serangannnya yang nyaring boleh mencecah tahap ‘Jawabul Jawab’ yang mampu menghancurkan kepala musuh. Pendekar Muhai pakar dalam penyediaan petempatan dan logistik bagi para pendekar.


Yang seterusnya ialah Pendekar Syuk atau Syukri. Beliau pakar dalam pengurusan pamakanan dan nutrisi bagi para pendekar. Kecomelannya memukau jiwa musuh dan apabila ia berlaku, Pendekar Syuk akan menggunakan serangan ‘Syukrilana Attack’ (melenyek musuh).


Yang terakhir ialah Asif, Pendekar Asip. Pendekar Asip bertarung dengan memanipulasikan fikiran musuh. Apabila terdesak, beliau akan menggunakan serangan ‘confiussion Ray’ (pancaran mengelirukan musuh). Sesiapa yang terkena akan terus pengsan. Pendekar asip selalu memikul tanggungjawab dalam mengadakan perhimpunan antara pendekar.


Kelapan-lapan pahlawan ini perlu menumpaskan Raksasa Bepop yang dibantu oleh konco-konco ninjanya dalam usaha penaklukan dunia. Best bukan, dapatkan game ini segera di pasaran-pasaran berdekatan rumah anda.

-SILENT GHOST !-

Friday, March 18, 2011

Dormku 2011..

Ehem.. atas permintaan, terpaksa aku taip citer dorm aq... haha... dorm ini penuh dengan keistimewaan.. setiap ahli dorm ada kelebihan tersendiri yang menjadi metaliti yang sering menghiasi A102 SAMBBST..

OK, kita mula dengan ketua Dorm, seorang Exco Pendidikan dan Kaunseling.. Naqi yang merupakan anak lelaki kepada... kepada ayahnya la... Rumaizi nama ayah dia... Naqi ini orangnya tegar... kalau dia kata nak buat, insyaallah dia akan buat...dia rajin dan tegas.. tambah pulak, hatinya kering bak ikan kering buatkan Naqi bertindak mengikut semua gerak hati dia tanpa fikirkan orang lain.. tapi yang aku menyampah, kalau dia kata A, A lah yang dia menangkan walaupun sang A kadang kala salah...

Yang kedua, kita pergi pada orang yang paling senyap dalam dorm.. Luqman atau nama gelarannya Maman.. Dia ada pangkat besar gak dalam pimpinan, iaitu Setiausaha Majlis Pimpinan Pelajar (MPP).. Maman ini seorang yang tak banyak bercakap... TAPI !! Maman ni budak pandai dan terer melukis.. 1st time aku tengok lukisan dye, aku terpukau.. aku jadi blur sebab lukisan dye terlalu lawa+cantik+kemas sebijik macam dalam citer2 anime.. gempak seih..!

Seterusnya budak paling bising dalam dorm... Amar bin Mohd Shafie iaitu aku lah.. aku Exco Multimedia.. tanpa aku, sunyi lah dorm itu.. daripada semua yang aku cakap, 50% jer fakta dan 20% jer pasal pelajaran.. haha... teruk kan aku..?

Lepas itu, dalam dorm ni ada seorang yang berwatak happy go lucky... Namanya Hidayat.. dia nie Exco kesihatan... apa yang dia nak buat, dia akan fikir pasal orang lain jugak.. kira kalau nak senang citer, dia suka jaga hati orang lah walaupun susah nak mengalah..

Then, kita ada Azizi.. dia digelar Aji.. bukan 'Haji'.. dia tergolong dalam naib presiden, ketua PRS sekolah.. gempak kowt..! Dia seorang yang moodnya selalu berubah2... tak tetap.. kadang2 ok, kadang2 K0.. ntah ar.. dia ni kalau happy, happy betul.. sampai tak hengat dunia... tapi kalau bad mood, jangan la kaco... kang kena makan baru tau.. haha... dia ni selaloo citer pasal pompuan.. haha.. sori Aji, dah kantoi..

Ha.. yang tadi semua form5.. yang nie kita berkenalan pulak dengan form4 dorm nie.. Asif.. orang panggil dia Asip.. dia Exco perhimpunan sekolah.. perwatakan dia nie,lembut (bukan 'auu').. mesra dan ada satu sifat yang sama ngan aku, sempoi dan tak suka dibenci.. senang citer berpersonaliti kategori 'pencinta'... Asip ni pun bising jugak macam aku.. tapi dia jarang duduk dalam dorm...

Tibalah masa untuk Syuk atau nama sebenor Syukri yang merupakan Exco Pemakanan dan Nutrisi atau Exco DM(dewan makan)... Syuk nie spesis yang sempoi tahap gaban..!!! seumur hidup aku, tak pernah lagi aku nampak dia marah.. haha.. dia nih seorang yang kuat sangat sebab tahap kesabaran dia tinggi..! pergh, tabik Syuk..! dia ni memanjang bergurau, walaupun kalau kita tengok fizikalnya yang 'tembam' dan cara jalan yang macam pemalas dan melendut, dia ini gempak sebab nampak rileks, tapi apa yang dia buat benda yang betul dan result PMR dia 9A kowt..!!!

lepas tuh, kita ada Muhaimin, Exco Penempatan dan Logistik... muhaimin nih, kelebihan dia, pergh.. dia punya suara, pergh..! dia boleh nasyid, taranum dan kalau die azan, semua orang cair..! hahaha... muhaimin nih pelik sikit, tapi tak tau nak citer macam mana pasal dia nih.. hahaha...

Apa pun, aku happy dok dalam A102 sebab dorm ni cukup meriah termasuk time tidur sebab ada lah muka2 yang tidur suka berdengkur... haha.. dalam dorm nie, aku dan Muhaimin jer yang tak ambik Sains tulen.. yang lain tuh budak2 pandai.... hmm agaknyer sampai sini jer lah berita dormku... sekian, wassalam...

Thursday, January 13, 2011

School - Chepter 5

Huh, akhirnya 2011 dah muncul.... sepanjang 2 minggu kat asrama dari 31/12/2010 sampai hari nie, huh, banyak pengalaman beb..! first, persiapan untuk hari pendaftaran form 1, form 2, form 3 dan form 5... hari tuh, dari pagi sampai malam buat kerja, non-stop..! pergh... nak patah pinggang nih... bukan nak merungut, tapi nak bagitau jer... pastu time hari pendaftaran tuh, pon sama... letih... dari pagi sampai zohor tak sarapan sambil layan mak bapak orang yang datang nak beli buku.. sampaikan hari tuh tak sempat nak daftar nama sendiri kat kelas ngan asram... hahaha... esoknye baru daftar.. tapi takpe ar.. dapat jumpe member2... happy ar..

hmph.. dah lah letih ngan urusan pendaftaran orang, petang tuh dah start pra orientasi.. memang letih tahap pergh punya arh.. ok, kita terus skip ke 10, 11 ngan 12 haribulan satu iaitu hari berlangsungnya orientasi.. haha... best... yang paling best malam kerohanian.... pergh...! malam uh, aku yang berkuasa..! siap ade 2 mayat (berlakon) lagi..! dengan surat sedihnyer... sampai ade budak kene rasuk... aotumatik dye jadi budak pertama yang kena kacau bulan uh... kira2 8 kali arh kes kena kacau bulan satu nih..! melampau.. tapi maybe Allah nak bagi kitorang pengalaman kot.. haha... tapi memang best arh orientasi arituh..! Insyaallah akan jadi kenangan sampai bila2..

Saturday, December 18, 2010

Bicara Minggu Ini - Powerfull Tips


When you are in trouble, don't ever say "dear god, I have a big problem.. instead say "hey 'problem, I have a big and powefull god".. Then, every thing will be just fine..! Insyaallah..!

Tuesday, December 7, 2010

Bicara Minggu Ini - Ukhuwah

Orang kata, ukhuwah ni ibarat PERMATA. Permata yang kita akan dan mesti jaga walau apa pun yang terjadi. Kalau terjatuh then retak, baiki permata itu dengan berhati-hati. Jangan bagi permata ukhuwah ni terhempas, kalau tidak ia takkan berikan apa2 makna lagi dan walaupun ianya dapat dicantumkan semula, mustahil ia akan indah seperti yang asal..

Thursday, December 2, 2010

Bicara Minggu Ini - Amanah


apa amanah kita...? sape tau...? ha? ha..? ini yang nak kne bagitau nih.. Antara amanah yang perlu kita pikul... ops, yang wajib kita pikul ialah:

#1- Sembah Allah
#2- Berukhwah
#3- Berdakwah
#4- Bermujahadah
#5- Istiqamah

Mula2 skali, kita mesti sembah Allah. Sebab Allah adalah Maha pencipta yang telah menciptakan semuanya..dengan menyembah Allah, secara automatik kita akan ikut apa yang Allah suruh dan sekaligus apa yang Rasulullah suruh lantas menjadikan kita sebagai seorang hamba yang tip-top di sisiNya. Itu pun kalau ada benih 'keikhlasan' dalam menyembah Allah.

Then, kita mesti berukhwah. Ukhwah ni yang penting adalah dengan Allah.. lepas tu barulah ukhwah dengan manusia , haiwan dan segalanya.. orang kate 'hablu minallah wa hablu minannas' haa... kalau salah tegor lah.. ok, dengan adanya kemanisan dalam ukhwah ni, maka wujudlah ummah yang cemerlang , gemilang , terbilang.

Haaa.. bila dua2 sudah complete, kita kena berdakwah pulak... ini payah sikit. tapi, kalau kita gunakan kekuatan ukhwah, insyaallah the power in our hand.. tapi kena lah usaha sikit.. siapa yang berusaha sahaja yang akan dikurniakan nikmat 'berjaya'.. kenapa dakwah ni amanah...? haa... inilah dia jalan ke arah keredhaan Allah..

Lepas tuh barulah kita kena bermujahadah. ha... dalam bermujahadah ni satuuu je yang kita kena ingat.. don't you ever giving up... Dalam bermujahadah ni, syaitan adalah musuh pertama sebelum nafsu.. maknanya kalau kita menyerah kalah, party la syaitan dan iblis..

Yang terakhir... Istiqamah dalam amalan.. ini banyak cabaran dan dugaan... tapi syaitan musuh no. 2 dalam hal ni.. sebab musuh no. 1 adalah.. MALAS..! ini satu penyakit yang bahaya.. ada je panyakit nih, semuanya hancus... haa... itu jer untuk minggu ini... assalamualaikum..!

Sunday, November 21, 2010

Bicara Minggu Ini - What, Where, Why..?

Dear my beloved friend..

Have you asked to yourself, about why are we here? where we come from? do tou know what are we to do here? there must be a reason to be here,right? But where's our future leading us? where's our life taking us?
Ya Allah, the great creator, nobody from us that you create just for waste. Oh Allah,show us the right path..! the best path of Rasulullah and his companions. The path that will take us to your blessings. The path of the favoured one with your grace..
Ya Rahman, please don't leave us, we need your guidance.! light up our life..! show us the way, the only way to gain your love..! we live for you, we learn just for you, we work only to get your blessings Ya Allah..!
May we be safe? May we be well.?can we reach the bless of Allah? Do we have any good place for ourself..?every thing have done as Allah's will,nothing is possible with His will.

what can we do..? we just same like the robot.. we are nothing without iman... we are nobody without taqwa..! only one thing that we can do, tawakkal after ibadah.. tawakkal and work for Him, tawakkal is just for Him,because tawakkal is our stregth..!

INSYAALLAH, with Allah's will..


(diubah dari lagu 'The Right Path' dan 'Insyaallah').

Tuesday, November 16, 2010

Bicara Minggu Ini - keduniaan

duhai teman... ketahuilah bahawasanya dunia ini negara bala, negara ujian serta dunia persinggahan..hanya hamba yang beriman dan bertaqwa sahaja dapat melepasi hidup di dunia sekaligus di akhirat sana... orang kecil, besar, kaya, miskin, tua, muda... semuanya tetap akan diuji bagi menentukan keimanan..

sesungguhnya dunia ini negara ujian... dunia ini penuh kaealpaan, dunia ini penuh gundah-gulana, dunia ini penuh kegelisahan.. dunia ini hanya menunjukkan
kepura-puraan... semua di dunia ini serba tak kena....


#yang kecil mahu yang besar...
yang besar makan si kecil
#yang miskin nak jadi kaya...
yang kaya miskin jiwa
#yang muda hilang malunya...
yang tua lupa usia
#yang lemah malas berusaha...
yang kuat tindas sahaja....

ASTAGHFIRULLAH.....

(dipetik dari lagu DUNIA-raihan)

Sunday, October 17, 2010

SCHOOL CHEPTER 4

huh.... sedar tak sedar, bulan sepuluh untuk taon 2010 dah menjengah... besok, start SMA... cuak dowh... yang aku tau, esok start SMA ,STAM ngan SMRA... semoga berjaya untuk mereka yang akan berjuang... doakan aku gak ar... bile dah akhir taon nih, mcm2 jadi, aku dah bukan budak PRS, aku dapat jawatan lain, tapi malas ar nak taip kat dalam blog nie...

Ape pon, doakan aku menjadi seorang pemimpin yang baik, mendapat pembantu yang baik dan anak buah yang baik... ceh, mcm nak gi perang plak...


ntah ar, skang ni rase mcm malas lak nak bloging... banyak citer yang aku tak tulis... jamuan raye kat sekolah ar... pelantikan MPP baru ar, abg aku gi mesir la... aduw.. malas ar... k arh... ni saje untk kali nie... salam... 0_0 =_=!! >_<

Saturday, June 5, 2010

AL-JIHAD FI SABILILLAH!!!











ALLAHU AKBAR!!!



Tanggal 6/6/2010.... tercetus satu peristiwa ...yang....pergh..... menyemarakkan semangat islamiah..... citer dye mcm nie......tak lame sebelum tu, israel laknatullah cari pasal dengan menyerang sukarelawan yang on the way nak antar bantuan ke Gaza..... satu dunia marah! memang kejam abis arh israel.....
so, pada 6/6 ni, aku join geng ayah aku berarak dari stadium seksyen 15 ke pejabat YB di Fasa1....
nak diikutkan memang letih...tapi..... semangat sesangat dah...!lepas berarak ade la plak solat hajat.... fuh, tok imam baca doa, pergh punya...... lepas solat hajat,ade ucapan n makan2...
Bile balik plak,aku tanam pokok kat taman aku....ade program..... berpuluh2 pokok ditanam.... tapi aku xlah tanam sampai berpuluh2...pergh....letih bro.....! tapi xpelah...... kerja amal....hmmm.... yang tarikh kat dalam gambar tuh dusta je..... jangan caye...... lupe set kamera.... pape pown, insyaallah aku masok paper.....hahaha....just kidding....alamak, ayah aku mintak broadband.... xleyh tulis panjang2....k arh salam...

Friday, April 30, 2010

school-chepter 3

ehem....dah lamo eden tak blogging....huh...kali nie ade citer best.... bagi aku ar...... wow.....! aritu, adela..... sekolah aku buat kosert nasyid......Unique(UNIC) beb...! dengan Interaksi....ehem....aku jadi pengacara...... aku bangga dapat jemput kumpulan Interaksi n Unique naik pentas.... aku berjaya buat penonton x ngantok dengan gaya lawak aku....sume tergelak....Alhamdulillah.... uih.... x sangka aku...... gempak sih.......! citer dye panjang....tapi aku bagi nie jewp! assalamualaikum...

Friday, March 26, 2010

KUANG ,KUANG ,KUANG

Pada tanggal 20/03/2010...berlakunya satu tragedi kemalangan jalan raya yang menyebabkan pertumpahan KUAH KACANG...... hahaha.... ngeri gak nak citer nie.... ok2.....citer dye camnih,,

aku yang on the way nak balik umah..... ni dari kedai, beli barang...antaranya SATEY..... hehehe.... aku bawaklah motor nie dgn prasaan yg pnuh tnang...... TIBA2....... motor ana terfelincir kat atas pasir..... hahaha.... sekali aku terseret ha.... nasib baik time tu aku pakai helmet....hehe... kalau tak, takde la aku post citer nie.... bile dah jatuh, cepat2 aku bangon.... ingatkan luka biase jer..... tapi, seluar aku dah koyak rabak dah...... dalam keadaan yang sunyi takdak owang tuh, aku kuatkan diri.... try selak selur....ALAMAK!!!.... menyeramkan..... aku dah menggigil...bulu roma dah tegak terpacak...... glup....

aku pown bawak motor dengan perasaan cuak..... broooooooooooom!!!ok.... masuk taman dah ok....selamat...... masuk pulak satu lorong ni ha.... nampak kelibat adek aku....(Ajwad).... tapi dye jalan ngan sape tuh...? ah...lantak arh....yang penting, mesti balik umah..... keluar je lorong tuh,

POM!!!!!.....ana sudah accident kali kedua untuk ari nie la....... kali nie aku dirempuh sbuah kereta..... aku terbang..... melayang bagaikan camar terbang pulang di kala senja...aceceh.... time tuh aku pikir dah sampai ajal....takut gak ar....tak sempat tobat.....hehe..... jatuh je badan aku, tak tau la atas keta ke atas jalan, aku terus bangun.... aku usya driver keta tuh..... ade ke dye kate BENGONG kat aku..?! woi....tak tau ke aku tengah parah nie...?!haha.... tapi padan muke.... kuah kacang aku tadi penuh atas keta dye.... HAHAHAHA..... tetibe saat yang bengang tuh muncul sepupu aku....Fawwaz name dye....rupanye dye yang jalan ngan adek aku tadi...

"Saye tak pape....." aku cube cover bile dah ramai kat situ..... aku pown suruh fawwaz ngan ajwad tolak motor yang dah ranap tuh balik umah..... masuk je rumah, aku cakap kat ayah aku yang aku accident.... pastu aku terus naik tingkatatas, masuk toilet n selak seluar.... ALAMAK!!! bertambah ngeri la pulak......... huh..... malam tuh, pegi klinik.... hehe..... dapat 6 jahitan kat lutut ni ha.....

moralnye, bawak motor leklok..... lagi satu, bace doa naik kenderaan dlu.... hehehe.... wassalam....

Tuesday, March 23, 2010

NEW SCHOOL-CHEPTER 2/2

Ehem.... dah lama x blogging nih...... haha.... nih sebenernye nak sambung chepter 2 jer..... hmm.... nak tau, rupanya yang bunyi lain macam tuh memang benda tuh..... ei....seram aku...... benda ni terbukti dengan.........
Haritu, ade sowang kawan nih kena rasuk....... time dye kena tu aku tidur (tertidur kt bilik study) so, besoknyer aku tanyer la kawan aku yang ade sekali time kejadian tu...... dye citer camni.... mule2, makhluk ghaib tuh kacau budak yang sedorm ngan si mang sa nih..... so, dye cube tolong dengan jampi kat batu, pastu benda tu datang kat dorang (tunjuk rupa....) wau....mesti gempak...hahaha...
lepas tu, benda tuh pegi kat pokok (tempat asal dye).... dye goyangkan pokok tuh...... huhu.... dengan mata merah nye..... hahaha..... pastu dorang lari masik dorm...... si mangsa buat bunyi laen macam...... [grrrr......grrrr......]... ape lagi.......... kawan2 yang lain jadi seram ar..... tetiba ade sowang yang berani pegi tegur..... "man, ko asal man...?"... dye jawab ar..."aku bukan aiman...." pastu tetiba si mangsa tumbuk mamat yang tegur dye tadi tuh.... ape lagi, takkan nak biar je, tumbuk ar balik......
pendekkan cerita, sume yang ade kt dalam dorm tuh pukul si mangsa nih..... tapi dye b oleh melawan....... dorang pon lari tinggalkan mangsa dengan sorang mamat yang berbadan besar.... dorang bukan lari pegi mana, tapi panggil sorang excxo yang pandai bab2 kene kacau nih.... Bashir nama dye......
sampai jer dorang semula kat tempat kejadian, hahaha.....tetibe jer nampak si mamat badan besar ni tindih si mang sa.... hahaha..... sebabnye time dorang dok berdua je dalam dorm tu, tetibe mangsa pukul si badan besar nih...ape lagi...dah bengang, tindih ar....haha...nasib baek tak penyek.... lepas Bashir dah settelkan problem nih, si mangsa yang tengah berpeluh tetiba cakap kat sume orang yang ade dalam dom tu "asal korang sume pandang aku? aku ni ensem sangat ke.?" hahaha..... sempat lagi buat lawak... adoi......

Saturday, February 13, 2010

NEW SCHOOL-chepter 2

ok,tajuk citer nie ialah "what's that!?"..... citer dye start camni... satu malam, cam biasa kitowang kene pegi kelas prep..... kali ni, aku saje nak ikot jalan dekat...(ikut belakang bilik study form 4)...
time nih, aku ajak sowang jer member aku ikut jalan tuh..... belok jer kat tepi bilik study tuh,
"SHHHH........SHHH....SHHHHH........SSHHHHHHH............"satu bunyi yang kuat masuk melalui telinga aku dan terus mengganggu eardrum aku....... bunyi tu memang kuat..... aku jadi terketar-ketar..... tapi tak melampau sebab ade sowang member aku,Izzat.....
dengan selamba, aku tanya si Izzat "what's that noise...?".....dye tak jawab.....mungkin taknak tegur kowt....aku jadi tak puas hati, so aku cube tengok dan cari, dari mane datangnye bunyi tuh...... "ALAMAK...!!!"...bunyi tuh dari atas pokok....... dahlah time tu gelap gelita.... aku jadi cuak...... time turun bukit kat belakang bilik study tuh, aku turun dengan sekabut-kabutnyer...... si Izzat nih gelak tengok gelagat aku yang macam @#$%^&*.......
"ko ni kabut la Amar....!kalau jatuh tadi,aku gelak jer kat ko...."si Izzat cakap.....
bile dah nak sampai ke bilik prep tuh, time ni bunyi pelik tuh dah takder.... tetiba bunti yang same aku dengar tapi dari sumber yang lain..... rupenyer ade owang suroh member dye diam.."shhh....shhhh....." bunyi nyer........ aku tanyer Izzat dengan selamba.... wei, bunyi hape tadi tuh...?".....dengan selamba dye jawab "bunyi hape...!? aku tak dengar pape pown..... sumpah aku tak dengar......." WAU.......!!!!!............ kecut perut aku, aku sorang jer yang dengar bunyi tuh........ meremang bulu roma aku......
lepas prep, aku ajak ramai sikit member aku ikut jalan belakang tuh...... nak pastikan bunyi hape...? tapi kali ni bunyi tu slow jer......
malam tuh, aku tak lepak bilik study macam biasa, aku terus naik dorm, nak tido.... dahlah dorm aku kat hujung sekali.....sebelahnyer hutan....... wuuuuu.... seram....... tapi nasib baek ramai owang lepak dalam dorm aku time tuh...... so, aku tidur awal sebelum dorm aku jadi sunyi.......

end of chepter two........ ade banyak chepter lagi.....nantikan.....

NEW SCHOOL-cepter 1

kalau nak citer, memang panjang....so, aku jadikan dalam bentuk bab jer citer nie..... bab satu... aku dapat sekolah SAMBBST........tension gak la sebab dapat kelas last...... tapi bile masuk kelas tuh, kawan2 ok jer ngan aku.....aku nak citer benda paling best dalam minggu kedua aku dalam sekolah tu.... ok, aku ade letak gambar dlm file aku, stu hari, adelah geng yang mintak nak tengok isi file aku..aku bagi jer la....budak baek la katakan......
pastu, time balik, aku chek file aku dan OH NO...!satu gambar aku yang ????? dah hilang.....! aku dapat tau suspect dye.....name dye ?????...... so, aku mintak tolong sowang kawan name dye Izzati untuk tolong aku..... malamtu, tepi musolla, si Izzati yang berbadan slim (sebaliknyer) tu jumpe aku... dye kate memang si ????? ade amik pic aku...... dye kate lagi, ????? simpan kt dalam buku bawah meja dye kat sekolah...........
ok, besoknyer, aku pi naik kelas yang dok kat tingakat 3 tuh, kelas 4 Taqwa.......aku chek bawah meja dye..... dekat spuloh kali aku chek, tapi tak jumpe.... tension aku dibuatnyer..... potong citer, malam tuh time prep, sowang makhluk yang b'nama shahmi cakap kat aku yang dye jumpe pic aku yang hilang tu...... pastu, kitowang bwat rancangan nak kenekan si ????? tu SEMULA....... rancangan tu camnih...:
esoknyer, lepas pembentangan sejarah tajuk tamadun mesopotamia, aku buat2 cam tuntut balik pic tuh, dye cari...... cari punyer cari, tak jumpe..... aku gelak dalam hati....aku buat muke ketat...... aku memang pandai berlakon...... pastu dye mintak maap gan aku macam dye dah bunuh keluarga aku lak.... pulun mintak maap..... pastu, aku pown teruskan muka ketat aku and terus keluar dari kelas........lepas rehat,masok jer dalam kelas,"Amar,aku mintak maap la.....ko nak aku bayar balik gambar ko tuh, nak berapa? berapa pown aku tak kisah....." si ????? tuh cakap....
aku kesian lak kat dye tuh..... kesalahan dye kecik jer tapi aku balas..... wallahua'lam.....pastu, aku pakat ngan member aku untuk terus terang jer....... aku malas nak cakap ngan dye, so, aku tulis surat yang berbunyi:
"wei, ?????.... memang aku tak pegang pic tu...... lepas ko amik, aku tak nampak dah pic tu.....
tapi, pic tu ade kat Shahmi.... hahaha.... ko kne Bang Bang Boom tajaan
Amar and the geng yang dijayakan oleh aku,syazrul shahmi and geng.....
kalau tak, kitowang nak usik ko sampai besok pagi tapi..... aku kesian kat ko.....
so, itu jer lah...... pengajaran yang ko boleh amik ialah...:
1-jangan buat camni dah
2-owang laki lagi terer kenekan orang
itu jer lah......."
pastu, si ????? tuh tetibe jer MENANGIS...! WAU....! KEJAM DAN HEBATNYER aku nih.......
dye tak layan aku sebab marah la kot..... lusanya, aku mintak maap....dya tak layan.... aku peduli hape.... mampos la.......dok jual mahal ape...? ingat aku nak sangat kat dye kot...! blah la wei.....
tetibe, minggu depannyer dye tegur aku.....terkezut aku........ mimpi hape dye nih........tapi takper..... ok lah tu....kirenyer, bab 1 aku dah tamat...nantikan bab seterusnyer....aku kene kacau,dipindahkan kelas,buat owang marah,haaa.. banyak lagi arh.... k lah....end of cepter 1.....

Friday, January 15, 2010

1 Malaysia

Pada tanggal yang aku dah lupe..... telah berlaku suatu peristiwa..... citer dye camni.... ari tu aku ikut abang2 aku...(Anas ngan Abrar) pi suria KLCC.....ade benda pe tah aku da lupe.... kitowang bertolak dari umah...mak kitowang yang bawak..... aduui.... tetibe jew berenti kat pasar pagi jln 2...
ingatkan nak watpe, rupenyer nak pi beli baju untuk abg aku..... maklumlah, nak pegi GONTOR kat indonesia.... hahaha....

pastu baru pegi stesen komuter kat ukm.... aduui....ramai giler owang...aku rase mesti taklay duduk..... bile da 10 minit tunggu, baru ar ulat gergasi tu muncul..... memang tepat jangkaan aku...waaa....dahlah kene berdiri... pastu kiri ngan kanan lak pompuan.... adui...hape na wat nih...

dalam train lak, depan melayu,kanan china,kiri jepun eh jepun lak,kiri india,belakang lak endon.... waduh2....gawat nih.... dahlah sume pompuan, masing masing sembang.... kalau sembang ngan kawan jew takpe, ni suara cam nak bagi satu train tu dengar.... adoi...pening aku... dowang memang suke kongsi citer ngan sume owang.... 1 Malaysia la katakan.....

memang seksa,yang india tuh rambut dye megurai kene tangan aku.... iiiieee.... yang china lak taknak bagi ruang...yang melayu sibuk mengumpat.... yang lawaknyer, yang endon tuh citer pasai spiderman... wahahahaha.......

bile da sampai, alhamdulillah....lega....tapi kena tunggu sepupu aku ngan kawan2 abang aku....
kitowang terjumpe A.Samad Said dow kat KL sentral......haha....pastu aku nak skip sampai kat suria KLCC tewos.... kitowang keluar dari menara tuh...pastu pegi name hape tah tempat tuh...sebelah KLCC jew... dalam tuh sambil jalan kang dowang bagi ar beg2 yang takde kene mengena ngan aku....haha...dowang ingat aku da lps SPM kowt...kah3....

macam2 abang aku ngan sepupu aku wat...aku buat2 cam da abis SPM jer la....hahaha..... tetibe ade owang muncul promote kitowang untuk dengar citer pasal siria fm.... dye suruh kitowang berkumpul kat tempat sekian2 pukul 2....so, kitowang jalan dulu ar.... time tu baru kol 1.25.... waktu nih Am ade teman selain kitowang.... haha...dye ajak member lame dye...pompuan lak tuh.... yang peliknyer, pompuan tuh ikot jew kitowang....tak bosan kew...? kitowang sume laki.....wahahaha.... pastu kitowang pegi ar kt tempat perjumpaan.... ade la mamat sowang nih bawak kitowang pegi satu bilik.... rase cam VVIP lak....hahaha...

aku owang pertama yang masok dalam bilik tuh..... tetibe sowang akak masok.... name dye LIN.... dye dj suria fm channel suria cinta..... hahaha..... kitowang pown dengar jer la kak lin tu berleter.... haha...sori kak lin, bercerita....... hahahaha..... sambil dengar, aku bagi la soalan, dengan harapan dapat hadiah yang aku nampak kat depan tuh..... da habis ceramah, haha... kitowang dapat hadiah sebab yang terawal masok.... best... dalam beg hadiah tu, ade baju suria fm.... haha.... dahlah aku yang paling mude, kak lin kate aku matang lak...aduui.... kembang aku...nsib baek tak koyak seluar...hahaha.....

pastu jalan2 lagi.... malas nak citer, panjang sangat.... ha... kawan Am tuh menghilang lepas kitowang solat zohor..... pastu jalan ar kitowang...... lepas berejam jalan, kitowang balik.... adoi... letih tak terkata,terbilang, terkira, sume ter ah....

tapi memang ramai owang yang berbilang bangsa.... memang satu Malaysia......

Monday, January 4, 2010

hehehe.....


hahaha....teringat kat sekolah agama daris....teringat je...tak windu pown.......

school open


hahaha..... time masok sekolah tahun 2010 dah sampai....... huh....teringat member kat sekolah lama....waaa.......... ceh...emo la plak......

Saturday, January 2, 2010

No title...

Ehem....nak cakap ape ar...? mmmm................... ntah ar....... ish.... ah... tak payah ar....

Friday, January 1, 2010

Happy new year

haha... 1/1/2010 tak abis lagi...sempat lagi ar nak ucap SELAMAT TAHUN BARU.....
tahun ni jom kite berubah jadi baik..kalau takleh banyak, sikit pown jadilah....
HAPPY NEW YEAR...!

Saturday, December 26, 2009

'sekolah da nak bukak... ah.......
dah dekat dengan SPM.....
PMR dah lepas, tapi takde ar ok sangat...'

Kepada sesiapa yang pikir cam ni, bertenang.... kalau PMR tak berapa nak bagus, SPM ade lagi... wat betol-betol...

Sunday, December 20, 2009

argh... cuak nak amik result PMR..
ari nie aku belajar pasal open office..... best gak ar dpd twitter..... mungkin sbb tak bape reti sangat gune twitter..... ape pown... kene cari ilmu...

Tuesday, December 15, 2009

RRMK

innamal a'malu binniat...

setiap amalan adalah dengan niat... fikirlah dulu sebelum melakukan sesuatu.....

sebagai remaja islam, kita perlu mengubah Reliti Remaja Masa Kini kepada keadaan yang lebih baik....lakukanya dengan niat yang suci dan ikhlas......insya'allah.....

Monday, December 14, 2009

RRMK


Allah berfirman dalam al-quran bahawa 'setiap orang yang beriman adalah bersaudara'
jadi, nasihatilah saudara seislam kita agar mereka berada di jalan yang benar..........
ramai sahabat kita terperangkap dalam nafsu CINTA..... ianya merupakan suatu yang mampu mengubah seseorang itu daripada kebaikan kepada kejahatan serta kejahilan......... cinta adalah virus yang berbisa kepada para remaja pada masa kini........ Cinta.... terdapat pelbagai unsur negatif yang boleh merosakkan seseorang.... ramai daripada remaja islam yang telah melupakan pelajaran gara-gara bercinta........ mereka melupakan agama gara-gara bercinta.....mereka sanggup gadaikan apa sahaja termasuk kehormatan demi cinta....tak kira lelaki ataupun sebaliknya..... Dan apabila terciptanya cinta, maka disitulah rasa rindu akan bermula..... bak kata mereka yang bercinta, kononnya: mandi tak basah,tidur tak lena, makan tak kenyang dan macam-macam lagi..... Bagaimana mandi tak basah, betul ke mandi? Bagaimana tidur tak lena, ntah-ntah subuh pun tak bangun...Bagaimana makan tak kenyang,miskin sangat ke...? ternyata remaja sekarang telah terlena dibuai virus cinta hinggakan mereka berkata sesuatu yang merapu.......Ini adalah Realiti Remaja Masa Kini....... Renungkanlah..........

RRMK

kepada remaja yang membaca teks ini, jadilah seorang yang baik kerana ramai sahabat kita di luar sana telah tersesat dalam keseronokan nafsu mereka....... jadilah seorang yang mentaati ibu bapa kerana keredaan Allah itu daripada reda ibu bapa.......
para remaja seperti kita telah rosak akhlak... janganlah kita tergoda atau terpengaruh dengan syaitan yang DURJANA..... realiti remaja sekarang ini amat teruk.... bersamalah kita menasihati sahabat kita yang berada dalam kejahilan........ dan jagalah diri kita dengan membaca Al-Ma'asurat di setiap pagi dan petang.............

Sunday, December 13, 2009

sifat sabar patut ada dalam diri remaja kerana...
ASSABRU MINAL IMAN
dan
INNALLAHA MA'A SABIRIN...

Realiti Remaja Masa Kini


Remaja... Ia merupakan kategori umur yang sedang membesar... Pada peringkat umur inilah manusia akan mempelajari banyak perkara sama ada positif mahupun negatif... Kebanyakan remaja masa kini tersesat dalam dunia hiburan yang penuh dengan sumber negatif sehinggakan boleh membawa kepada perbuatan merokok, menghisap dadah, zina dan macam-macam lagi.
Perkara ini boleh mempengaruhi kanak-kanak bawah umur yang hanya memikirkan keseronokan dan suka menceburi sesuatu yang baru lagi mencabar... Itu adalah hakikat dan realiti remaja pada masa yang serba kemodenan ini...Ianya telah mernjadi satu kebiasaan kepada manusia kerana pihak media telah banyak menyiarkan berita tentang masalah yang dilakukan oleh para remaja... Mengapakah hal ini terjadi? Adakah disebabkan salah didik daripada ibu bapa..? Yang pasti, sebahagian besar daripadanya adalah pengaruh daripada rakan-rakan... Merokok, melepak, meminum arak,menagih dadah, prgaulan bebas,zina dan pelbagai lagi masalah yang menjadi realiti remaja masa kini... Bagaimanapun,masih ada lagi remaja yang mempunyai akhlak yang mulia... Mereka menjalankan aktiviti yang sihat dari segi mental mahupun fizikal... Alhamdulillah, masih ada lagi remaja yang bersih daripada perkara-perkara negatif...