KATA-KATA HIKMAH ----- UCAPAN ----- CERITA ----- PESANAN ----- NASIHAT ----- SEMUA ADA! ! ! ----------- KATA-KATA HIKMAH ----- UCAPAN ----- CERITA ----- PESANAN ----- NASIHAT ----- SEMUA ADA! ! ! ---------- KATA-KATA HIKMAH ----- UCAPAN ----- CERITA ----- PESANAN ----- NASIHAT ----- SEMUA ADA! ! !

Tuesday, December 20, 2016

MUSLIM . MUKMIN . MUHSIN

Ramainya muslim dalam dunia. tapi lemah kerana mudah hanyut dalam hasutan yang fana. Sedang dirinya tahu siapa Tuhan yang berkuasa, siapa syaitan yang berdusta. kenapa?! Sebab Imannya mungkin ada, mungkin tiada

Ramainya mukmin dalam dunia. tapi lembik kerana mudah tertipu dengan diri sendiri. kadang2 bukan tertipu dengan nafsu dan maksiat, tapi tertipu dengan ibadah dan amalan sendiri. Kenapa?! sebab tak rasakan Allah itu hadir dalam diri, hadir dalam hati

Kenal lah Allah dengan hati.. bukan dengan mulut yang berucap, bukan dengan tangan yang menulis, bukan dengan mata yang menipu. tapi dengan hati. HATI

Macam yang Nabi kata: "Menghambakan diri kepada Allah seakan-akan kamu melihatNya, dan sekiranya kamu tak dapat melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu". Inilah dia Ehsan

And.. "Orang Islam tak semestinya beriman. Orang beriman semestinya muslim. Orang beriman pula tak semestinya Ehsan. Namun orang yang Ehsan pastinya beriman, dan muslim"
-Ustaz Ahmad Atoa

bila ada masalah, kita mengamuk. Bila jatuh hati, kita ragu-ragu dengan takdir dan jodoh dari Allah. Bila berdoa, sekadar lafaz, tiada rasa berharap, dan tiada rasa yakin pada doa

DI MANA DIRI KITA?
SIAPAKAH ALLAH PADA KITA?
SIAPA PULA KITA PADA 'MATA' DIA?
#JomMuhasabah #SebarkanDakwah #SelamatkanUmmah

DIA KAU CINTA

Aku tau kau suka dia
Aku tau kau dah lama harapkan dia
Aku tau kau memendam rasa pada dia
Dan aku tau kau masih tegar dapatkan dia

Banyak soalan yang kau semat
"Kenapa dia ni lembap sangat?"
"Kenapa aku sorang je yang semangat?"
"Dengan semua usaha aku yang kian giat"
"Apa kau buta apa kau buat-buat?"
Makin dibiar makin melarat

Kau kena tau, bukannya dia buta
Tak nampak apa yang kau usaha
Dia sedar je semua yang kau cuba
Tapi dia cuma pura2 konon tak rasa
Persoalannya 'kenapa??'
Apa dia bodoh biar kau terus gila?
Apa dia kejam biar kau sakit damba bahagia?
Atau dia sengaja main cinta suka-suka?

Bukan, bukan begitu, bukan macam tu
Ada sebab semua ini berlaku
Bukan sengaja dia pergi berlalu
Walau hatinya pedih dan sayu

Dalam terpaksa dia melawan
Melawan rasa kuat menawan
Menawan hati seorang perawan
Perawan yang kasih pada perempuan

Mungkin kerana diri belum bersedia
Sedia untuk berumah tangga
Sedia untuk menjadi sang pencinta
Sedia untuk menjaga pemilik jiwa
Mungkin kurang pada jiwanya
Mungkin kurangnya pada harta
Mungkin kurang pada yang rahsia

Usah dikau berkecil hati
Bukan enggan memberi yang pasti
Tetapi akur pada Rabbul Izzati
Tuhan pemilik cinta sejati
Tuhan menghidup juga memati
Tanpa izinnya tiada guna berjanji
Dia kata tidak, semua terhenti
Dia kata ya, semua terjadi

Selagi belum siap semuanya
Takkan dia mengikut rasa
Rasa di hati yang kuat meronta
Menyambut kasih membelai mesra
Tidak sekali mahu menderhaka
Kepada Tuhan tuan neraka
Menjadi 3asi korbankan syurga
Demi mengecap syurga dunia
Memang, pada matamu indah semua
Sanggup memilih jalan bahaya
Ketawa bersama menangis bersama??
Sedang 'bersama' tiada di sana
Di padang gersang luas terbuka

Sabarlah hati, tenanglah jiwa
Usah kau mati memendam rasa
Jangan diragu pada Yang Esa
Kerana dia pemilik kuasa
Yang mebolak-balik rasa di jiwa
Jiwa yang benci menjadi suka
Jiwa yang suka bertukar dusta
Jiwa pendusta terjelma cinta

Ya, dia tau apa kau rasa
Tapi sengaja terus berpura
Kerana patuh amaran yang Esa
Kerana sayang dia menjaga

Yang benar;
-si dia-

Thursday, December 1, 2016

Dakwah Tercalar

Sekilas tentang 'support member' melalui like dalam pertandingan penghasilan video

Teman, bukan saya taknak support,
setakat like takkan lah saya kedekut,
boleh je nak share tolong promote.

Tapi kan sahabat,
berhati-hatilah dalam apa yang kalian buat,
terutamanya bagi golongan akhawat,
atau mudahnya disebut muslimat,
mesej dah baik namun terdedah aurat,
lengannya singkat jubahnya ketat,
silap yang sikit satu dunia melihat,
perkara remeh timbangannya berat,
perkara kecil balasannya dahsyat,
bukan nak kata kalian jahat,
bukan nak cakap saya ni hebat,
bukan nak bikin kalian meluat,
kita manusia bukan malaikat,
tapi geng, ini urusan akhirat,
kerana sayang pesan ku semat,
dunia akhirat insyaaAllah selamat,
sama berjaga sama beringat,
bagai yang sakit diberi ubat,
dari yang lemah menjadi kuat,
dari yang lesu menjadi sihat,
dari yang tenat lega dirawat.

Sahabat, pakai handsock sumpah nampak smart.
Pakai stokin pun nampak kemas yang amat.
Wallahi tak tipu.

Maaf tapi untuk kali ni saya support melalui doa dulu. Sebab saya takut,kalau Tuhan tanya "Kenapa kau biar?", "Kenapa kau tak tegur?", Kenapa kau support?", "Kenapa kau subahat?". Nanti siapa pulak nak support saya?

#KeranaDirimuBegituBerharga #DakwahItuCinta #SebarkanDakwah #SelamatkanUmmah #JomRebutTiketKeSyurga

Sunday, June 26, 2016

♧Malam Yang Abadi♧

Bismillahirrahmanirrahim

Ni untuk kau. Kau yang aku panggil sahabat. Sekali aku panggil kau sahabat, insyaaAllah sampai mati aku sayang kau sahabat

Aku tau kau benci. Aku tau kau dendam. tapi mohon baca sampai habis. Ni hadiah dari aku utk kau. Mintak maaf aku tak pm, sebab aku takut kau semakin benci. Aku takut kau rasa terganggu

Sahabat. Jujur. Aku buang semua ego aku. Aku mintak maaf. Aku rosakkan jalan hidup kau. Aku musnahkan kepercayaan kau. Dan kau cakap kau dah berubah. Kau cakap kau dah lain. Aku suka. Sebab pada fahaman aku, kau berubah lebih kuat. kau berubah lebih Tabah. Kau berubah lebih kebal. Ye, Perubahan positif!! Sahabat. Jujur. Aku kecewa sikit. Mintak maaf. Siapalah aku nak kecewa dengan kau. Tapi, dulu masa baru kenal, kau berhias dengan kata2 hikmah. Kau berseri degan mutiara2 dakwah. Kau jaga bahasa. Kau jaga Aurat. Kau hebat.

Aku tak tau perubahan apa yang kau maksudkan. Aku tak pasti kelainan apa yang kau maksudkan. Tapi, kau mcm, memberontak. kau hilang diri kau yang dulu. kau mcm sengaja kurangkan keindahan muslimah pada diri kau tu. Kau cantikk. tak gemuk punn, kau tak pakai ketat pun kau tetap cantik. aku tau kau faham aku nak cakap apa. Ada org komen kt gambar kau "apa kes jadi macam ni?".. Aku faham maksud dia

Aku mintak maaf. aku tau aku xde hak nak kritik kau. tapi aku sayang. aku nak sahabat2 aku ke syurga. supaya boleh tolong aku yang teruk ni kat akhirat nanti

Aku mintak maaf. kalau kau jadi macam ni sebab aku. kalau bukan, mintak maaf aku perasan. aku mintak maaf. xpe kau nak buang memori pasal aku. tapi kekalkan diri kau sendiri. kekalkan istiqamah dengan amalan kau. kau lebih bagus mcm tu.  please, aku merayuuu. pleaseeee

Aku nak menangis bila mata aku nampak semua tu. benci aku je cukup. jangan benci prinsip agama tu. aku tau kau bagus. jauh lg bagus dri sekarang

Dengan berkat bulan Ramadhan, aku doa.. aku doa supaya Allah buka hati kita, Allah kikis ego kita, Allah hapus benci kita. Supaya kau dan aku kembali mencintai kebaikan dan keindahan yang kita pernah kejar sebelum ni. InsyaaAllah. Ameen

#MalamYangAbadi
#MaafkanAku
#KauTetapSahabat

Wednesday, May 18, 2016

Buat Kau→ ◇HIPOKRIT BACUL◇

Habis.. rancak.. sakan..
Kau canang hinanya aku..
Kau sebar kejinya aku..
Kau dakyah busuknya aku..
Kejap.. kau, kenal ke siapa aku?
Tak.. kan?
Dan kau tak pernah pun ambil tahu..

Kalau kau nak dapatkan sesuatu,
Usaha sendiri biar bermutu,
Ini yahudi model kau tiru,
Membunuh lawan tinggal kau satu..

Aku tahu mata yang menipu..
Aku nampak senyum yang palsu..
Aku hidu dendam yang terbuku..
Depan kau berseri, belakang berbulu..

kerana sangkaan, dendam berapi.
Kerana perempuan kau semat benci.
Apa kau benar lelaki sejati?
Oh lupa,
kalau tiada bulu menghias penuhi pipi,
Tak dapat beza perempuan dan lelaki..

Biarlah.. Biar dunia pandangku keji,
Ku punya Tuhan Maha Mengetahui,
Ku masih punya teman di sisi,
Biar sedikit tapi berkualiti,
Bukan hipokrit mengambil hati.

Biarlah.. dari cerita kau aku pengkhianat,
Dengan sahabat aku yang jahat,
Asal tentang kau semuanya hebat,
Sedap kau putar Tuah dan Jebat.

Buatlah apa pun tetap aku di depan,
Kau tendang kiri ku ada kanan,
Tetap berdiri dengan senyuman,
Senyuman manis yang kau sakitkan,
Takkan kau mampu jadi tekanan,
Jatuh bangunku bukan kau tentukan.
Tak perlu aku lantang laung bantahan,
Cukup ku simpan untuk hari kemudian,
Kerana akhirnya kita akan dimatikan,
Kemudian dihidup dihitung amalan,
Masa itu kau tanggung apa kau kerjakan,
Akan tersingkap Fitnah yang kau zikirkan,
Pandailah kau jawab hadapan Tuhan,
Dengan senyuman atau tangisan?
Haha, kau sendiri dah tau jawapan.

Pssstt!
Anjing pun kenal sape lawan sape teman sape tuan,
Bukan semua orang dia terkam jadikan bahan