KATA-KATA HIKMAH ----- UCAPAN ----- CERITA ----- PESANAN ----- NASIHAT ----- SEMUA ADA! ! ! ----------- KATA-KATA HIKMAH ----- UCAPAN ----- CERITA ----- PESANAN ----- NASIHAT ----- SEMUA ADA! ! ! ---------- KATA-KATA HIKMAH ----- UCAPAN ----- CERITA ----- PESANAN ----- NASIHAT ----- SEMUA ADA! ! !

Thursday, December 1, 2016

Dakwah Tercalar

Sekilas tentang 'support member' melalui like dalam pertandingan penghasilan video

Teman, bukan saya taknak support,
setakat like takkan lah saya kedekut,
boleh je nak share tolong promote.

Tapi kan sahabat,
berhati-hatilah dalam apa yang kalian buat,
terutamanya bagi golongan akhawat,
atau mudahnya disebut muslimat,
mesej dah baik namun terdedah aurat,
lengannya singkat jubahnya ketat,
silap yang sikit satu dunia melihat,
perkara remeh timbangannya berat,
perkara kecil balasannya dahsyat,
bukan nak kata kalian jahat,
bukan nak cakap saya ni hebat,
bukan nak bikin kalian meluat,
kita manusia bukan malaikat,
tapi geng, ini urusan akhirat,
kerana sayang pesan ku semat,
dunia akhirat insyaaAllah selamat,
sama berjaga sama beringat,
bagai yang sakit diberi ubat,
dari yang lemah menjadi kuat,
dari yang lesu menjadi sihat,
dari yang tenat lega dirawat.

Sahabat, pakai handsock sumpah nampak smart.
Pakai stokin pun nampak kemas yang amat.
Wallahi tak tipu.

Maaf tapi untuk kali ni saya support melalui doa dulu. Sebab saya takut,kalau Tuhan tanya "Kenapa kau biar?", "Kenapa kau tak tegur?", Kenapa kau support?", "Kenapa kau subahat?". Nanti siapa pulak nak support saya?

#KeranaDirimuBegituBerharga #DakwahItuCinta #SebarkanDakwah #SelamatkanUmmah #JomRebutTiketKeSyurga

No comments:

Post a Comment

Comment je ah