Aku tau kau suka dia
Aku tau kau dah lama harapkan dia
Aku tau kau memendam rasa pada dia
Dan aku tau kau masih tegar dapatkan dia
Banyak soalan yang kau semat
"Kenapa dia ni lembap sangat?"
"Kenapa aku sorang je yang semangat?"
"Dengan semua usaha aku yang kian giat"
"Apa kau buta apa kau buat-buat?"
Makin dibiar makin melarat
Kau kena tau, bukannya dia buta
Tak nampak apa yang kau usaha
Dia sedar je semua yang kau cuba
Tapi dia cuma pura2 konon tak rasa
Persoalannya 'kenapa??'
Apa dia bodoh biar kau terus gila?
Apa dia kejam biar kau sakit damba bahagia?
Atau dia sengaja main cinta suka-suka?
Bukan, bukan begitu, bukan macam tu
Ada sebab semua ini berlaku
Bukan sengaja dia pergi berlalu
Walau hatinya pedih dan sayu
Dalam terpaksa dia melawan
Melawan rasa kuat menawan
Menawan hati seorang perawan
Perawan yang kasih pada perempuan
Mungkin kerana diri belum bersedia
Sedia untuk berumah tangga
Sedia untuk menjadi sang pencinta
Sedia untuk menjaga pemilik jiwa
Mungkin kurang pada jiwanya
Mungkin kurangnya pada harta
Mungkin kurang pada yang rahsia
Usah dikau berkecil hati
Bukan enggan memberi yang pasti
Tetapi akur pada Rabbul Izzati
Tuhan pemilik cinta sejati
Tuhan menghidup juga memati
Tanpa izinnya tiada guna berjanji
Dia kata tidak, semua terhenti
Dia kata ya, semua terjadi
Selagi belum siap semuanya
Takkan dia mengikut rasa
Rasa di hati yang kuat meronta
Menyambut kasih membelai mesra
Tidak sekali mahu menderhaka
Kepada Tuhan tuan neraka
Menjadi 3asi korbankan syurga
Demi mengecap syurga dunia
Memang, pada matamu indah semua
Sanggup memilih jalan bahaya
Ketawa bersama menangis bersama??
Sedang 'bersama' tiada di sana
Di padang gersang luas terbuka
Sabarlah hati, tenanglah jiwa
Usah kau mati memendam rasa
Jangan diragu pada Yang Esa
Kerana dia pemilik kuasa
Yang mebolak-balik rasa di jiwa
Jiwa yang benci menjadi suka
Jiwa yang suka bertukar dusta
Jiwa pendusta terjelma cinta
Ya, dia tau apa kau rasa
Tapi sengaja terus berpura
Kerana patuh amaran yang Esa
Kerana sayang dia menjaga
Yang benar;
-si dia-
No comments:
Post a Comment
Comment je ah